Wednesday, December 9, 2009

Majlis Pertunangan di Kemaman 5 Disember 2009

Selamat Bertunang buat Sham dan Fatihah. Sham ni dua pupu aku sebenarnya. Mak dia sepupu ayah aku. Mari tengok gambar sekitar majlis baru-baru ni. Aku balik ke Jengka pada Jumaat malam arituh. Itu pun dah 12.30 malam baru sampai. Biasalah kami suka berjalan malam. Pagi-pagi dah start hujan kat Jengka..alamak..nak mandi pagi pun malas. Disebabkan program telah dirancang, maka kami bertolak jam 9.00 pagi ke Kemaman. Transit di rumah Niza, kakak Sham di Sungai Karang, Kuantan. Majlis diadakan selepas zohor. Perjalanan ke Kemaman mengambil masa cuma 30 minit sahaja. Dah ditakdirkan hujan sepanjang hari. Singgah membeli keropok lekor dan sata pun dalam hujan. Alang-alang sampai redah jer lah hujan tu kan. Rencana awal nak ke rumah Kak Sal dan Acu di Kuantan pun tak kesampaian. Somebody dah undur2 kete langgar lak bonet depan. Punah harapan..spoil the mood! So, kami pulang terus ke Jengka selepas majlis selesai. Tahniah Sham dan Fatihah. Moga cepat naik pelamin ye!




0 comments: