Monday, December 28, 2009

Repeat order dari Pn. Laili

Repeat order diterima dari Pn. Laili, JPA Khamis lepas. Satu untuk dihadiahkan kepada kawannya yang menyambut Krismas dan satu lagi untuk dirinya sendiri sempena ulangtahun perkahwinannya hari ini (28 Disember). Cupcakes Krismas tu tertonggeng sedikit dalam perjalanan ke Putrajaya. Hmm..nasib baik tak cedera parah. Inilah insiden yang paling ditakuti oleh baker2 macam aku nih. Selalu kena jaga kek tu macam 'menatang minyak yang penuh' bila buat delivery. Sebab itu online bakers ni suka customer datang ambik sendiri di rumah daripada membuat delivery. Sebarang risiko selepas tu adalah di bawah tanggungjawab customer sendiri. Alhamdulillah, Pn Laili menerimanya dengan senang hati. Hmm...sayang betul aku ngan customer sorang yang baik ati nih. Maaflah Puan tak disengajakan. Aku cadang ganti saja yang baru tapi puan kata ok. Thanks a lot!

0 comments: