Tuesday, March 30, 2010

Salam rindu di kejauhan...

Semua tempahan ini datangnya daripada Pn. Zalela di Kanada untuk keluarganya di Malaysia. Pn. Zalela ni bertugas di Matrade, jiran depan rumah aku jugak sebenarnya. 800 biji kapkek roses merah ni dihadiahkan sempena majlis perkahwinan adik iparnya di Kompleks Belia Antarabangsa, Cheras. Choc moist cake dengan nama-nama ahli keluarga khas buat keluarga mertua di Kajang dan ibu bapanya di Melaka. Popcake juga menjadi penghubung mereka. Katanya bila tinggal di kejauhan ni rasa sentimental sangat. Cukuplah dikirimkan semua ini sebagai pengubat rindu tidak dapat pulang bersama meraikan hari bahagia adik iparnya. Harap Pn. Zalela berpuas hati menatap gambar-gambar ini walaupun tidak dapat merasanya. Terima kasih banyak atas tempahan ini.





0 comments: