Friday, April 30, 2010

Hepi Besday Kakak..

Inilah goodies bag yang telah kusiapkan dengan gigihnya selama dua malam berturut2. Tak tido malam dibuatnya demi merealisasikan hasrat anak daraku sempena hari lahirnya yang ke 8. Dah besar panjang pun. Semua goodies bag tu selamat dihantar ke sekolahnya 29 APRIL lalu. Sori tak sempat ambil gambar isi dalamnya. Cuma sempat sediakan fancy cookies yang simple, kapkek dengan edible image princess dan Ben10 serta cloud9 untuk kawan-kawannya. Tiada majlis untuk kali ini. Maybe boleh buat next month untuk adik sekali. Hepi besday kakak!

Kelas Cupcakes Special bersama Lynnhassan

Ini gambar kapkek yang ku belajar di kelas Lynhassan 21 April lepas. Di kelas ini juga kutemu kawan lama yang hampir 17 tahun tak berjumpa. Memang kami merancang ke kelas ini bersama-sama dan kami reunion di sana. Semua kapkek ni sangat special, lebih2 lagi carrot coconut tu, sangat walla! Semuanya sesuai dijadikan hidangan lazat di majlis keluarga anda. Layan!


Tempahan lalu...

Aku dilanda sindrom malas sejak kebelakangan ini. Aku rasa bukan aku sahaja..malah satu bahagian di opis dilanda sindrom ini. Hanya kami sahaja yang tahu puncanya. Yang pastinya kami rasa kehilangan..walaupun bukan jauh tapi kesannya cukup mendalam. Oklah, itu putaran alam, kejap di atas kejap di bawah. Kami terpaksa menerimanya. Selamat datang buat boss baru kami dan selamat maju jaya buat boss kami yang akan bertukar bahagian. Di bawah gambar2 kek yang telah lalu. Mode malas!


Choc moist cake tempahan Pn. Noriah, kawan lama di Rawang untuk abangnya di Balakong.


Choc chip muffin tempahan Pn. Nurain untuk majlis cukur jambul anaknya.


Choc moist cake tempahan Pn. Nurain untuk ulangtahun perkahwinannya.

Wednesday, April 14, 2010

Blueberry cheese tart..

Blueberry cheese tart tempahan Cik Natasha dari Putrajaya untuk kawannya. Enjoy!

Tempahan MIL..

Oreo cheese cake ni tempahan my MIL sebagai buah tangan buat kawannya, Datin Seri Aida. Hantar pada Ahad lepas di Ampang Hilir.

Popcake..

Tempahan Pn. Shirah untuk ibunya yang akan ke majlis hari lahir rakan rapat keluarga mereka yang diadakan di Hotel Legend, KL. Popcake menjadi pilihan sebagai buah tangan. Thanks Pn. Shirah.

Friday, April 9, 2010

Happy Birthday Dien..

Choc moist cake ngan strawberry ni tempahan dari seorang isteri untuk suaminya. Isterinya sekarang bertugas di jabatan lain, jadi dikirimkan kek sebagai surprise sempena hari lahir suaminya Dien semalam. Pagi2 sampai ku letak kek di meja Dien, dia tertanya2 sape kasi dia kek tu. Sampai dah tengahari baru pecah lobang. Rupanya kawan tu takut nak makan kek tu takut kena bamboombang..hahaha. Dien skg dah 28 tahun rupanya..aku silap kasi lilin tak cukup sebatang. Apa-apa pun meriah besday Dien yang disambut semalam dengan rakan-rakan sepejabat yang sangat giler2. Thanks buat Amalina atas order ini. Kami enjoy semalam sebab kebetulan 'boss' tak der..huhu. Enjoy this pic!



Monday, April 5, 2010

Wedding Cake

Thanks buat Wawa dari Bukit Cheras yang telah menempah popcake hantaran ni dan 2 tier wedding cake untuk majlis kahwinnya semalam. Tema majlis kahwinnya orange..so, dua2 tu kaler orange la ye..hehe..



Garden Theme Cake........

Kek edible image dengan tema garden ni tempahan Ayu dari Putrajaya buat dua puterinya Aireen dan Ariana. Senang sambut besday dua anak sekali kan. Bila Ayu nakkan tema garden ikut kreativiti aku sendiri..itu paling kusenangi. Susah bila mengikut konsep orang lain..aku adalah aku..hehe. Thanks Ayu.
Dapat sms dari Ayu pagi tadi.

"Salam akak. Thanks a lot sebab dah buatkan kek yang cantik dan sedap bangat untuk my daughters. Ramai puji kek tu..hehe. Insya-Allah, ada rezeki nak order lagi."



Tempahan laluuuu...

Sori tak dapat nak hapdet cepat gambar2 kek nih.
Thank buat tuan punya kek Alisya ni, Rini dari Taman Bukit Teratai. Sori kek tak berapa kemas. Kesuntukan masa ditambah dengan demam satu keluarga.



Oreo cheese cake buat Suriyana yang menyambut ulangtahun kelahiran 27 Mac lepas.


Choc moist cake tempahan Ita GBS untuk adik iparnya. Thanks semua.