Tuesday, March 24, 2009

Mari bikin pizza..




Jangan marah..pizza nih edisi segera punya..tak payah uli2 dah. Sebenarnya base pizza tu aku beli jer kat kedai frozen senang citer. Sos pizza pun ada jual kat sana. Isinya hanya sosej dan taburkan capsicum, bawang dan mozarella cheese. Mudah jer kan. Jom makan pizza!!

Carrot cake buat nenek..



Carrot cake dengan cream cheese topping dan tiramisu ni order dari boss lama, Pn. Mona dari Parlimen sempena ulangtahun ibunya yang tercinta. Moga panjang umur buat ibu Puan Mona. Bangga dengan pengorbanan Puan Mona yang sentiasa di sisi ibunya di usia begini. Thanks for the order!

Hantaran Cuppies..



Tempahan dari Fazreen untuk adik iparnya yang bertunang. Harmoni dengan roses dan romantic colour. Isi dalam carrot cake dengan cream cheese dan roses dari buttercream.

Wednesday, March 11, 2009

Maroon cuppies for hantaran..

Cuppies ni ditempah Kak Lela dari PERHILITAN untuk anak buahnya yang akan bertunang. Tema kaler maroon. Hasil R&D jadilah campuran kaler maroon nih. Actually, bukan senang nak menghasilkan kaler yang pelik2. Hasil rujukan ke blog sifu Zati maka terhasillah kaler yang dihajati. Moga Kak Lela puas hati dengan hasilnya. Insya-Allah.


Tuesday, March 10, 2009

Choc Moist Cake n Cuppiesss...

Tengah aku berehat2 di pagi Maulidur Rasul terima satu sms. Kak Norma nak tumpang cuppies kalu aku ada tempahan. Katanya tetamu istimewa nak datang petang tu. Memandangkan bahan2 dah sedia ada maka ku keluarkan butter dan ku putarkan strawberry buttercake untuk Kak Norma. Harap puas hati la..tak sempat nak deco canggih2 sebab kekurangan masa.


Sunday, March 8, 2009

Superman ke??

Haha..lawak betul. Choc moist cake ni ditempah oleh si darah manis Yuslina untuk abangnya yang menyambut ulangtahun kelahiran ke 40. Dia nakkan logo Superman di atas kek. Nak cari edible dah tak sempat. So, nekadkan diri melukis laa konon. Ini je yang mampu aku hasilkan. Logo tu dihias dengan piping jelly kerana kesukaran menghasilkan buttercream berkaler merah. Daripada menanggung risiko baik aku bancuh saje piping jelly yang ada. So, Yus..jangan serik!!

Untuk anakanda tersayang..

Hampir terlupa kek nih. Tempahan Kak Ziana untuk anakandanya Aqilah yang berulangtahun ke 13 baru-baru ini. Simple deco..tak sempat berbunga2an lagi..hihi..