Friday, December 24, 2010

Aneka Cupcakes Untuk Tempahan





Meriahkan party anda dengan homemade cupcakes yang pastinya lazat dan menyelerakan.
Call 019-3074603 atau emel ke mama_nabila2001@yahoo.com untuk tempahan.

Carrot Coconut Cupcakes (with cream cheese topping)
RM40/16 pcs

Red Velvet Cupcakes (with cream cheese topping)
RM40/16 pcs

Choc cupcakes with choc buttercream
RM40/16 pcs

Vanilla cupcakes with filling dan fruit topping
RM40/16 pcs

Pandan coconut cupcakes
RM40/16 pcs

Monday, October 4, 2010

SELAMAT DATANG..

Pelanggan-pelanggan yang dihormati,

Tempahan kini dibuka. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah menempah choc moist cake dan cheese tart untuk bulan Syawal ini. Memandangkan cheese tart menjadi menu favourite saya ingin memaklumkan bahawa harga cheese tart mini dengan size 4 cm dijual dengan harga RM35 untuk 50 pcs. Sila tempah lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan. Sila emel saya di mama_nabila2001@yahoo.com untuk tempahan.

Sekian, terima kasih.

*eFFa*

Wednesday, August 18, 2010

Salam Ramadan..



Salam Ramadan diucapkan kepada semua. Saya tidak mengambil tempahan pada bulan puasa atas masalah kesihatan. Insya-Allah selepas raya tempahan akan dibuka semula. Insya-Allah. Terima kasih kepada pengunjung blog saya yang meninggalkan komen. Gambar-gambar baru tak dapat disiarkan atas masalah teknikal. Selamat meneruskan ibadah puasa!

Saturday, July 31, 2010

PROMOSI BULAN JULAI..CHEEZY MANIA..

Promosi bulan Julai khas buat peminat2 cheese.
**Sila scroll down untuk update!

New product - Marble Cheese Brownies **harga promosi

Size 9X9
Dengan walnut - RM40
Tanpa walnut - RM35

Size 10X10
Dengan walnut - RM50
Tanpa walnut - RM45


Oreo Cheese Cake - size 8 " - RM50 (tanpa deco)


Blueberry cheese tart - RM35 for 50 pcs size mini

Monday, July 12, 2010

Lagi-lagi Oreo cheese cake..

Ini pula tempahan Kak Ina dari Kementerian Wilayah Persekutuan bagi meraikan hari lahir boss mereka. Thanks Kak Ina!

Dapat sms dari kak Ina, "Salam Effa. Kek tu sangat sedap. Dato' kata pegawai atasan kementerian semua kata sedap. Dato' makan masa mesyuarat pengurusan atasan tadi. Thanks Effa, nanti leh order lagi."

Oreo Cheese Cake tempahan orang jauh..

Dua biji OCC tempahan Cik Adee di Vietnam untuk familinya di Setapak. Sebiji untuk makan-makan keluarga dan satu lagi untuk hari lahir kakaknya Teacher Aiza. Nakkan deco macam Datin Seri aritu, aku ubah sket untuk nampak kelainan. Harap famili Adee betul2 enjoy the cake. Thanks Adee!

Choc moist and Ben10

Kek choc moist dengan edible Ben10 tempahan Pn. Ira dari Puchong untuk meraikan hari lahir anak lelakinya Rayyan yang genap setahun last week. Thanks Ira!

Cupcakes untuk cukur jambul..

Choc moist cupcakes dengan booties tempahan Pn. Suhaila dari Kajang untuk meraikan majlis cukur jambul baby lelakinya di Johor. Thanks for the order!

Oreo Cheese Cake..

Tempahan Tasya dari Putrajaya. Thanks for the order!

Friday, July 2, 2010

Oreo Cheese Cake..

Oreo cheese cake tempahan kakitangan di Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat PERHILITAN untuk boss mereka Pn. Khamsiyah yang menyambut ulangtahun kelahiran semalam. Thanks for the order uols!

Thursday, July 1, 2010

Happy Birthday Keisya

Kek tempahan Pn. Wan, Waja 15 untuk anaknya Keisya yang menyambut hari lahir yang kedua last week. Dalamnya strawberry sponge cake, layer dengan strawberry jem dan topping juga diperisakan dengan strawberry. Tema semuanya pink. Maklumlah anak perempuan kan fanatik pink jugak la nih. Thanks Wan!

Oreo cheese cake..

Nampaknya oreo cheese cake memegang rating paling tinggi sejak dua menjak nih. Tak rugi mencubanya. Nantikan promotion untuk OCC pada bulan ini. Thanks buat Alin dari Ukay Perdana yang menempah kek ini untuk hari bapa. Kami jumpa di PGA untuk delivery. Thanks atas tempahan ini.

Komen dari Alin,
Salam Kak Effa... Oreo Cheese Cake hari mmg sedap best !!!
hubby sy suka sgt... Thanks Kak Effa..."


Choc moist cake..

Kek ni tempahan Ita, GBS untuk surprise party rakannya Lindsay yang menyambut ulangtahun ke 26 last week. Ita siap masak laksa lagi..sangat2 yummy. Thanks Ita and the geng!


Choc moist cake tempahan Shima dari Ampang Jaya untuk makan-makan katanya, just simple deco je. Thanks for the order!

Happy Birthday Syasya dan Hadif

Kedua-dua kek tempahan Ija dari Parlimen untuk meraikan hari lahir anak-anaknya Sabtu lepas. Komen Ija, kek sedap dan cantik..ramai yang puji katanya. Thanks Ija atas order ini.

Tuesday, June 22, 2010

Bz like a bee..

Maaf, lama tak upload gambar2 di blog ini. Sukar untuk digambarkan betapa bizi (body) nya aku sekarang ini. (Ye ke??). Mula2 si adik demam campak, kemudian si kakak pulak demam. Lepas si kakak demam, adik kembali demam. Betapa banyaknya cuti kuhabiskan di bulan Jun sahaja. Nasib baik ada 'bonus' cuti untuk tahun ini. Alhamdulillah. Disertakan gambar2 tempahan yang lalu. Di samping kek-kek perayaan dan kesyukuran setiap minggu mengisi masa dengan tempahan kek coklat kukus yang pastinya melekat. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan yang tidak berbelah bahagi. Hanya Allah S.W.T yang dapat budi baik kalian. Thankssss...

Chocolate banana cake tempahan Pn. Norma untuk anaknya Nurain. Sambut hari lahir ke 12, 2 Jun lalu, sama lak ngan tarikh anniversary aku ke 9.

***********************************************
Cupcakes tempahan Pn. Hjh Hasnah, Bandar Teknologi Kajang. Untuk cucunya bawa ke tadika.


********************************************
Oreo cheese cake tempahan Pn. Yuhanis untuk suaminya.

*************************************************
Cupcakes flavor stawberry dan orange tempahan my regular customer Pn. Laily dari JPA sempena hari lahirnya. Thanks Pn. Laily..bday ke berapa tuh? hehehe.e..


Monday, June 7, 2010

Sambungan..

Oreo cheese cake tempahan Ili, student UKM untuk majlis makan malam. Tak sure PIGAS stand untuk apa. Untuk cheese cake ramai yang suka deco simple macam ni saja. Customer dah suka, akak buat jerlah. Thanks Ili, enjoy the cake!


Kek tempahan Ita, GBS untuk anaknya Anas. Hantar ke taska anaknya di Kajang. Thanks Ita.


Ini kek harijadi anakku Naufal. Cuma sempat buat black forest cake dan order pizza sahaja. Kebetulan kakakku dan anak2nya datang, kenduri pizza jer lah.

Tuesday, June 1, 2010

Tayangan perdana gambaq lama...

Buat tayangan perdana gambar2 yang tak sempat upload. Thanks buat semua pelanggan-pelanggan setiaku kerana menyokong produk home made oleh part time baker cam aku nih. Ku cuba memberikan yang terbaik untuk pelanggan-pelangganku walaupun aku sendiri tak cukup waktu. Gambar lain akan menyusul. Thanks a lot!

2 biji oreo cheese cake tempahan Linda, Pandan Indah untuk majlis hari lahir suaminya.


Orange Sponge Cake dengan edible image Ben-10 tempahan Pn. Norshaliza, Cheras Perdana buat anaknya Danial. Thanks Dik!

Chocolate banana cake tempahan Mamat, geng bas sekolah Nabilla. Thanks Mamat, kalau sedap order lagi tau..hihi..

Choc moist cake tempahan Pn. Nurshirah sempena hari lahir suaminya. Disiapkan dalam kekalutan. Kesian Syah, isterinya sibuk dengan kerja...hepi besday ye!

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Hari Guru..

Terima kasih Pn. Ina dari Bank Rakyat Bandar Tun Razak yang telah menempah 12 biji choc moist cake sempena sambutan Hari Guru 2010. Kek-kek disumbangkan untuk sekolah-sekolah area Cheras. Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. "Guru Pembina Bangsa Negara"



Friday, May 14, 2010

Happy Birthday Ajoi

Choc moist cuppies tempahan my ex-boss untuk anaknya Ajoi sempena hari lahirnya. Bila deco untuk orang lelaki mulalah tak tau apa nak deco. Jelajah sana sini jumpa pulak kapkek yang dideco tema note2 music cenggini. Harap2 Ajoi suka lah hendaknya dengan deco simple macam ni. Buat En. SA, thanks for the order!

Monday, May 10, 2010

Kek Teddy Bear...

Tak terucap dan tak tergambar rasa kepuasannya apabila dapat menghadiri kelas teddy bear bersama Kak Ina, mycuppycupcake di Setiawangsa Sabtu lepas. Selama ni dok intai jer kelas Kak Ina dari jauh. Bila dapat peluang ni terus grab dan inilah hasilnya. Semua mata yang tengok rasa teruja. Haruslah kan. Aku pun turut merasa nak frame jer kek tu sampai bila2. Alhamdulillah, pabila dapat guru yang betul2 ikhlas mencurahkan ilmu yang dimilikinya kurasakan aku perlu lagi ke sana menimba. Thanks Kak Ina yang sangat2 penyabar orangnya. Kepada sesiapa yang berminat nak order sila call @ emel ye!


Oreo Cheese Cake

Oreo cheese cake tempahan Ernie dari Sentul untuk hari lahir mak dan adiknya. Thanks Ernie, enjoy the cake!

Happy Birthday Donald

Orange sponge cake tempahan Claire, M16 untuk suaminya Donald yang menyambut ulangtahun kelahiran Sabtu lepas. Claire kata Donald sangat suka kek tersebut. Thanks Claire for the order!

Selamat Hari Lahir Zusyahirah

Kek sponge perisa oren tempahan En. Naim dari Waja 16 untuk anaknya Zusyahirah yang menyambut hari lahir ke 7. Terima kasih atas tempahan tersebut.