Friday, October 30, 2009

Dian Bertunang???

Wah..tajuk..matilah Dian tau nanti kan..hehe. Actually, bukan Dian yang bertunang tapi abang sepupunya yang akan bertunang di Negeri Sembilan. Kek fondant tema brown n white..dalamnya American Choc Moist. Happy viewing!

Thursday, October 29, 2009

African Marble Cake


Try resepi ni malam tadi. Dah lama nak try resepi butter cake ni. Ahaks..tak jadi lak marble african tu..nasib la kan. Tapi rasanya sedaplah...pakai butter SCS. Silalah cuba. Resepi ambil di Rnet.


African Marble Cake oleh Roshayati Johari (RN)

Bahan2
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camb ovellate
1 camt baking pawder
2 camb susu pekat
50 g air
175 g butter - cairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari


Cara:
Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco.
Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double). Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
Setelah masak, biarkan 5 mini dalam loyang lepas tu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.

Satu tahun punya birthday...

Buat kek ni untuk majlis makan-makan di rumah MIL di Setapak. Semua anak beranak berkumpul meraikan majlis hari lahir untuk semua ahli keluarga. So, untuk tidak mengecilkan hati mana-mana pihak, semua nama ahli keluarga diletakkan..(satu keturunan daaa)..hehehe. Tup-tup tertinggal lak nama si Amin. Sorilah mak+pak dia..last skali aku letak gak tapi kamera lak kehabisan bateri. Tak dapatlah nak mengabadikan nama Amin sekali. Makanan malam tu meriah sekali dengan potluck dari semua adik beradik. Aku bawak kek n agar-agar kemenyan je. MIL masak makaroni kari n spagetti. Macam-macam ada..semuanya western food!

Cuppiessss...

Thanks buat Pn. Suriyana yang telah menempah 48 pcs cuppies pada Jumaat yang lalu. Terkejar-kejar akak siapkan balik keje tu sebab takut tak sempat nak hantar esoknya(maklumlah akak ada kelas deco)..hehehe. Simple deco jer ...untuk baby girlnya yang dah setahun. Happy birthday Qasseh!

Sudah jual...(SOLD)..! ~!~

Ahaks..inilah kek yang akak maksudkan. Actually, kek ni hasil pembelajaran di kelas Lea-Oven. Kek telah dijual kepada Pn. Lynn dari Cheras gak. Thanks ye Pn. Lynn.Thanks Kak Lea yang telah mengajar cara nak buat cartoon artwork deco nih! Best tau belajar ngan Kak Lea nih...tak kedekut ilmu..hehee. Pasnih sesiapa yang berhasrat untuk menempah kek gaya tersebut sila bagitau lah ye! Daaaa..

Friday, October 23, 2009

LELONG...LELONG!!

Salam.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sebiji kek untuk yang tersayang pada hari esok (Sabtu, 24 Oktober 2009) sila call saya untuk tempahan.
Jenis kek: Sponge cake
Berat : 1 kg
Topping : Buttercream and piping jelly
Harga : RM50 sahaja!
Deco gambar kartun seperti contoh di bawah. (Lukisan mungkin berubah) Gambar pinjam sifu LeaOven. (http://lea-oven.blogspot.com)

Monday, October 19, 2009

Majlis Hari Raya Pangsapuri Waja 2009

Syawal telah berada di penghujungnya hari ini. Satu majlis sambutan hari raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Pangsapuri Waja telah diadakan pada malam 17 Oktober yang lalu. Seramai 32 keluarga telah menyertainya. Majlis diadakan secara gotong-royong dan semua bekerjasama menyediakan rendang, lemang, mee kari dan sebagainya. Kami sekeluarga tidak ketinggalan menyumbangkan kek dan cupcakes untuk majlis tersebut. Semoga dengan adanya majlis seperti ini ukhwah yang berpanjangan akan sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan penduduk-penduduk di Pangsapuri waja ini. Insya-Allah.
**gambar bakar lemang credit to http://wajatunperak.blogspot.com








Repeat order..

Fruit tart dan blueberry cheese tart repeat order oleh Pn. Noraziah dari Bandar Baru Bangi. Ahad semalam pagi-pagi kami sekeluarga keluar menghantarnya di Bangi. Selepas tu terus ke rumah kakak di Seksyen 5 lepak-lepak sampai malam baru balik. Thanks Pn. Nora atas tempahan itu!

Happy Birthday October

Cupcakes tempahan kawan lama..Elly dari Bandar Tasik Puteri, Rawang. Satu family sambut besday dalam satu bulan. Elok sangatlah..sangat ekonomi kan. Jauh dia datang ambil kek selepas berhari raya di Langat. Dah dekat sangat ngan rumah aku..apa lagi singgahlah menjamu selera kan. Ada hati tak nak singgah..kecik pankreas aku tau. Sempatlah menjamu Elly n family ngan mee bandung muar, kek coklat dan buah-buahan. Sebenarnya Elly nak surprise kan mak dia ngan kek tu, tapi apa ke halnye kalu mak dia pun ikut skali..hua..hua..hua..harap menjadilah surprise dia tu..kekeke...

Thursday, October 15, 2009

Hobi baru kah????

Al-kisah gigih aku berentry hari ni ye. Nasiblah ye..akak tengah ghairah berblog. Bila angin akak dah terbang sebulan sekali jer update kan. Gigih sebenarnya sebab 'terpedaya' atau lebih senang 'terpengaruh' dengan konsep umah ala-Inggeris kawan aku sorang nih. Pn Linda nih telah bertahun menjadi peminat tegar atau fanatik lebih tepat rasanya dengan produk keluaran vantage nih. Boleh tengok rumah dia kat http://lindashukor77.blogspot.com. Wa tabik spring la ngan keazmanan oppsss salah..keazaman Pn. Linda yang semakin gigih berblog pulak sekarang untuk berkongsi minatnya dengan orang di luar sana. Layan la gambar beberapa koleksi yang ada di rumah aku yang sempat aku snap untuk tatapan anda sekalian.




Adik dah besar la Mama...

Diam-diam dah hampir 5 bulan usia Muhammad Naufal Najmi. Sekejap jer masa berlalu, begitu pantas. Naufal dah pandai meniarap dan sekarang dah pandai guna walker dia. Badan dia pun makin mantap. Last month timbang 8.5 kg. Next week pegi check up tentu dah naik ke 9 kg dah tu. Hadoii la..nak dokong pun dah tak larat tu. Tengoklah aksi si kakak dan si adik ni..kemain gelak ketawa mereka. Tergedik-gedik dia bila nampak si kakak macam nak suruh kakak tu dokong dia jer. Si kakak tu pun baru jer diberi peluang untuk angkat dan dokong adiknya. Bimbang juga, walaupun badan si kakak tu besar tak macam 7 tahun tapi kadang-kadang dia buat slack jugak. Untuk tidak mengecilkan hati si kakak bagi jerlah peluang dia angkat adik dia tu. Ajar dia kecik-kecik mengasuh adik supaya siapa yang senang??? Mama jugakkk...hehehe. Sekarang pun dia pandai dodoikan adik tidur di buaian. Nampaknya boleh diharaplah kakak sorang tu kan. Tak sia-sia penantian 7 tahun tu kan..hehehe..









Lawatan ke Kilang Roti Gardenia Shah Alam

Gambar-gambar lawatan PUSPANITA PERHILITAN ke kilang roti Gardenia Shah Alam pada 2 Oktober 2009 yang lalu. Kami sampai jam 9.30 pagi terus diberi taklimat oleh wakil Gardenia dan seterusnya dibawa melawat ke kilang. Bagi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, kami tidak tidak dapat mengambil gambar proses pembuatan roti di dalam kilang. Terdapat beberapa kilang Gardenia di Lembah Kelang. Kilang di Shah Alam hanya memproses roti-roti tertentu sahaja seperti twiggies dan beberapa jenis lagi. Maka melepaslah peluang kami untuk membeli roti butterscotch yang maha lazat itu. Terima kasih kepada Gardenia yang telah menjamu kami dengan minuman ringan dan dibekalkan goodies bag penuh dengan roti-roti yang fresh dan baru sahaja beberapa jam dipacking. Dengan adanya lawatan seperti ini kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat melihat sendiri bagaimana proses meroti dilakukan dengan kebersihan yang terpelihara. Apa yang penting, kami semua enjoy dengan lawatan tersebut dan lawatan ini sentiasa terpahat di hati sanubari kami. Insya-Allah.











Apple Crumble Tart..

Projek menambah lemak di badan..hehe..Buat untuk makan di rumah..apple crumble tart..walla..mmg best!

Cuppiessss...

Pn. Norma minta buatkan cuppies untuk dibawa ke rumah mak saudaranya di Klang. Cuppies ambik ati katanya sebab dia tak berpeluang menghadiri open house mak saudaranya pada hujung minggu ini. Bagus anak saudara sorang nih kan boleh wat menantu..oppsss..silap..dah kawin daaaa...kekeke. Sape lagi nak jadi anak yang baik silalah buat tempahan. Untuk cuppies ini masih dijual satu kotak dengan harga RM55 untuk 48 pcs dengan perisa choc moist yang lazat! Apa lagi..rebutlah peluang sementara masih ada! Berbaloi-baloiii..