Thursday, October 15, 2009

Lawatan ke Kilang Roti Gardenia Shah Alam

Gambar-gambar lawatan PUSPANITA PERHILITAN ke kilang roti Gardenia Shah Alam pada 2 Oktober 2009 yang lalu. Kami sampai jam 9.30 pagi terus diberi taklimat oleh wakil Gardenia dan seterusnya dibawa melawat ke kilang. Bagi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, kami tidak tidak dapat mengambil gambar proses pembuatan roti di dalam kilang. Terdapat beberapa kilang Gardenia di Lembah Kelang. Kilang di Shah Alam hanya memproses roti-roti tertentu sahaja seperti twiggies dan beberapa jenis lagi. Maka melepaslah peluang kami untuk membeli roti butterscotch yang maha lazat itu. Terima kasih kepada Gardenia yang telah menjamu kami dengan minuman ringan dan dibekalkan goodies bag penuh dengan roti-roti yang fresh dan baru sahaja beberapa jam dipacking. Dengan adanya lawatan seperti ini kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat melihat sendiri bagaimana proses meroti dilakukan dengan kebersihan yang terpelihara. Apa yang penting, kami semua enjoy dengan lawatan tersebut dan lawatan ini sentiasa terpahat di hati sanubari kami. Insya-Allah.











0 comments: