Saturday, July 31, 2010

PROMOSI BULAN JULAI..CHEEZY MANIA..

Promosi bulan Julai khas buat peminat2 cheese.
**Sila scroll down untuk update!

New product - Marble Cheese Brownies **harga promosi

Size 9X9
Dengan walnut - RM40
Tanpa walnut - RM35

Size 10X10
Dengan walnut - RM50
Tanpa walnut - RM45


Oreo Cheese Cake - size 8 " - RM50 (tanpa deco)


Blueberry cheese tart - RM35 for 50 pcs size mini

Monday, July 12, 2010

Lagi-lagi Oreo cheese cake..

Ini pula tempahan Kak Ina dari Kementerian Wilayah Persekutuan bagi meraikan hari lahir boss mereka. Thanks Kak Ina!

Dapat sms dari kak Ina, "Salam Effa. Kek tu sangat sedap. Dato' kata pegawai atasan kementerian semua kata sedap. Dato' makan masa mesyuarat pengurusan atasan tadi. Thanks Effa, nanti leh order lagi."

Oreo Cheese Cake tempahan orang jauh..

Dua biji OCC tempahan Cik Adee di Vietnam untuk familinya di Setapak. Sebiji untuk makan-makan keluarga dan satu lagi untuk hari lahir kakaknya Teacher Aiza. Nakkan deco macam Datin Seri aritu, aku ubah sket untuk nampak kelainan. Harap famili Adee betul2 enjoy the cake. Thanks Adee!

Choc moist and Ben10

Kek choc moist dengan edible Ben10 tempahan Pn. Ira dari Puchong untuk meraikan hari lahir anak lelakinya Rayyan yang genap setahun last week. Thanks Ira!

Cupcakes untuk cukur jambul..

Choc moist cupcakes dengan booties tempahan Pn. Suhaila dari Kajang untuk meraikan majlis cukur jambul baby lelakinya di Johor. Thanks for the order!

Oreo Cheese Cake..

Tempahan Tasya dari Putrajaya. Thanks for the order!

Friday, July 2, 2010

Oreo Cheese Cake..

Oreo cheese cake tempahan kakitangan di Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat PERHILITAN untuk boss mereka Pn. Khamsiyah yang menyambut ulangtahun kelahiran semalam. Thanks for the order uols!

Thursday, July 1, 2010

Happy Birthday Keisya

Kek tempahan Pn. Wan, Waja 15 untuk anaknya Keisya yang menyambut hari lahir yang kedua last week. Dalamnya strawberry sponge cake, layer dengan strawberry jem dan topping juga diperisakan dengan strawberry. Tema semuanya pink. Maklumlah anak perempuan kan fanatik pink jugak la nih. Thanks Wan!

Oreo cheese cake..

Nampaknya oreo cheese cake memegang rating paling tinggi sejak dua menjak nih. Tak rugi mencubanya. Nantikan promotion untuk OCC pada bulan ini. Thanks buat Alin dari Ukay Perdana yang menempah kek ini untuk hari bapa. Kami jumpa di PGA untuk delivery. Thanks atas tempahan ini.

Komen dari Alin,
Salam Kak Effa... Oreo Cheese Cake hari mmg sedap best !!!
hubby sy suka sgt... Thanks Kak Effa..."


Choc moist cake..

Kek ni tempahan Ita, GBS untuk surprise party rakannya Lindsay yang menyambut ulangtahun ke 26 last week. Ita siap masak laksa lagi..sangat2 yummy. Thanks Ita and the geng!


Choc moist cake tempahan Shima dari Ampang Jaya untuk makan-makan katanya, just simple deco je. Thanks for the order!

Happy Birthday Syasya dan Hadif

Kedua-dua kek tempahan Ija dari Parlimen untuk meraikan hari lahir anak-anaknya Sabtu lepas. Komen Ija, kek sedap dan cantik..ramai yang puji katanya. Thanks Ija atas order ini.