Choc moist cake ni mungkin menjadi kek terakhir aku sebelum bersalin. Tempahan Kak Nah jiran di bawah rumahku untuk kedua beradik ini. Ditampal edible dengan gabungan warna pink untuk anak2 gadis yang sedang meningkat naik. Selamat ulangtahun buat Abidah dan Amirah.
Thursday, May 14, 2009
Happy Birthday Abidah dan Amirah
Posted by Effa, at 8:27 AM 0 comments
Pink Fondant dan 3 tier wedding cake
Selamat Pengantin Baru buat Yuslina dan pasangannya. Yus ni regular customer aku. Tempahan dah dibuat dari awal Januari. Harapan dan impian Yus terlaksana juga walaupun aku tidak dapat berjanji kerana risau jika bersalin awal dari jangkaan. Fondant pink tu untuk hantaran. 3 tier cakes tu dengan kek yang berbeza setiap tingkat. Paling bawah choc moist cake, kedua buttercake dan atas sekali fruit cake. Atas permintaan pengantin nakkan kek yang disalut dengan ganache. Kecewa betul ganache aku tidak membantu sangat kali ini atas kesilapan membeli whipping cream. Duh..lain kali harus berhati2 sangat. Harap Yus dan pasangannya berpuas hati.
Posted by Effa, at 8:05 AM 1 comments
Monday, May 4, 2009
Besday Party Nabilla..
Ini gambar sekitar besday party Nabilla yang diadakan pada 1 Mei 2009 yang lalu. Tidaklah berparty sangat..cuma sekadar menjemput kawan-kawan dia di blog Waja sahaja dan jiran2 terdekat. Dalam keadaan aku yang sarat ni tak terdaya nak mengadakan majlis yang besar-besaran untuk anak dara ni. Gambar besday girl pun tak dapat nak ambik sebab kamera tetiba buat hal. Ini antara yang sempat diambil.
Posted by Effa, at 3:28 PM 0 comments