TAT STRAWBERRY - RM25.00/50 PCS
TAT NENAS - RM22.00/50 PCS
ORANGE MARBLE SHORTBREAD - RM25.00/50 PCS
Wednesday, August 26, 2009
Friday, August 21, 2009
Kek Coklat Lembab..
Kek Coklat Lembab...walaupun ia lembab tetap menjadi pujaan setiap orang. Choc moist cake ni ditempah Puan Marzila dari Parlimen untuk majlis sambutan Ramadan di pejabatnya. Tengok strawberry tu..mengancam tak? Jika berminat boleh membuat tempahan dengan hanya RM50 sebiji untuk 1 kg ++. Thanks Kak Zila for the order!
Posted by Effa, at 9:05 AM 2 comments
Thursday, August 20, 2009
Salam Ramadan..
Buttercake layer ngan blueberry cream, topping fresh cream ditempah En. RaRi dari KPT sempena menyambut Ramadhan. Inginkan konsep yang sama seperti kek Masliana baru-baru ni. Sorry la..topping tak berapa smooth sebab terlebih pukul. Ramadhan dah dekat, macam2 majlis kenduri dorang aturkan..makan..makan..makan. Lepas raya nanti pun makan lagi..hehehe. Thanks for the order!
Posted by Effa, at 7:58 AM 0 comments
Wednesday, August 12, 2009
Happy Birthday Marni
Chocolate Marble Cheese Cake ditempah Norlela dari Kementerian Pengajian Tinggi untuk si kecil molek Marni sempena hari lahirnya yang ke 23. Tarikh birthdaynya dah lepas tapi kengkawannya yang nakal ni sengaja mengenakan dia dengan menghantar kek ke rumahnya dan suruh bawa ke office, kononnya ada acara. Siapa sangka bila dibuka kek tersebut terpampang namanya sendiri.
Kata Norlela, "Sedap kek tu kawan2 semua suka. Besday girl pun suka sangat. Gedik2 lah pagi tadi tiup lilin".
Terima kasih kat Norlela sebab sudi order kek ngan akak.
Posted by Effa, at 7:59 AM 0 comments
Sunday, August 9, 2009
Kek Hantaran..
Kek hantaran ni ditempah oleh jiran di Pangsapuri Waja juga. Minta maaflah lupa pula nak tanya nama dia..hehe. Kek choc moist dengan roses berwarna warni untuk majlis pertunangan anak saudaranya di Semenyih. Thanks for the order!
Posted by Effa, at 6:34 PM 0 comments
Choc marble cheese cake
Choc marble cheese cake boleh dinikmati dengan topping atau tidak. Rasanya pasti membuatkan anda untuk terus menikmatinya.
Posted by Effa, at 6:24 PM 0 comments
Fruit tart n blueberry cheese tart
50 biji blueberry cheese tart dan 50 biji fruit tart ditempah Syikin dari Bandar Baru Bangi untuk majlis hari lahir. Thanks Syikin for the order!
Komen dari Syikin: "Salam Kak Effa, tart akak sedap sangat..saya sangat puas hati. Gerenti order lagi lepas ni."
Posted by Effa, at 6:16 PM 1 comments
Friday, August 7, 2009
Happy Birthday Yana
Kek ditempah Masliana sempena hari lahirnya hari ni. Jamu kawan2 di pejabat. Thanks for the order. Kek sponge dilapis dengan blueberry di bawah dan cream cheese di atas. Topping pula dengan fresh cream. Walla...nak rasa???
Posted by Effa, at 3:48 PM 2 comments
Tuesday, August 4, 2009
Raikan Cinta..Rozaimah dan Hafiz
Tempahan dari Unit Perundangan, Parlimen Malaysia untuk meraikan majlis perkahwinan Rozaimah dan Hafiz. Selamat Pengantin Baru.
Posted by Effa, at 11:03 AM 0 comments
Kek hantaran
Orange buttercake dengan buttercream orange tempahan dari kakak iparku Miza untuk adiknya yang bertunang di Nilai baru-baru ini. Tema kaler cream dengan berat hampir 2kg.
Posted by Effa, at 10:57 AM 0 comments
Apam Gandum
Masa kerja di Putrajaya dulu selalu singgah gerai kat UNITEN tu beli apam untuk boss. Tercari2 resepinya..memang sedap..dua ringgit aku sekali hadap..hehehe. Siapa berminat dibuka untuk tempahan 40 sen sebiji dengan minimum order 50 pcs.
Posted by Effa, at 10:53 AM 0 comments
Walnut Mable Chocolate Cheese Cake
Sedapnya dapat makan cheese cake ngan walnut ni kan. Dengan perasa lemon di dalamnya setiap kunyahan pasti membuatkan anda nak makan lagi dan lagi. Berminat, boleh ditempah dengan harga RM55 sebiji untuk size 8 inci.
Posted by Effa, at 10:48 AM 0 comments
Cream Puff..
Tempahan Pn. Alin dari BTHO untuk makan2 katanya. Cream puff dengan french custard enak dimakan begitu saja...hehehe. Untuk tempahan dijual dengan harga RM30 untuk 45-50 pcs.
Posted by Effa, at 10:42 AM 0 comments
Blueberry Cheese Tart..
Blueberry cheese tart untuk Farah di UTM KL yang mengidam sangat nak makan. Tart untuk Farah ku buat size 6.3 cm supaya dia puas makan. Kepada yang terliur boleh dapatkan dengan harga RM30 untuk 25 pcs (size 5 cm).
Posted by Effa, at 10:35 AM 0 comments