Tuesday, September 29, 2009

Selamat Bertunang

Kek tempahan Kak Hasnah untuk majlis pertunangan anaknya di Sabak Bernam. Jauh berjalan kek ni ha. Dalamnya kek choc moist dengan tema kaler biru. Luarnya kuanyam bakul kononnya sebakul bunga buat si dara. Selamat Bertunang buat Dzul Ikram dan Norhidayah. Bila nak makan nasi minyak??

Akhirnya Selamat Berhari Raya...

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah menempah biskut dan kek sempena hari raya Aidilfitri yang lalu. Ini adalah antara gambar yang sempat saya ambil dalam kesibukan menyiapkan tempahan mereka. Terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan yang tak jemu-jemu menyokong produk keluaran saya. Maaf zahir batin dari saya sekeluarga.

Kek raya tempahan En. Azhar untuk dibawa pulang ke kampung.

Kek hari lahir untuk isteri En. Azhar. (tempahan dah lama)


Kek coklat moist tempahan Ita untuk dibawa pulang ke kampung.



Simple chocolate moist tempahan rakan-rakan. (Ada juga kek carrot -lupa pula nak ambil gambar)