Wednesday, January 27, 2010

Cuppies..

50 pcs cuppies + dome casing tempahan Kak Hasnah (owner van geng bas sekolah Nabilla) untuk diberikan kepada penumpang-penumpang kecilnya sempena hari lahir Kak Nah sendiri. Murah rezeki kan sedekah kat budak2..insya-Allah. Dua jenis perisa berbeza diminta Kak Nah, satu choc moist dan satu lagi buttercake vanilla. Kubuatkan dua jenis deco..satu edible image sponge bob sebanyak 25 pcs dan bakinya hanya tema garden (semak sebenarnya)..hehe. Terima kasih atas order ini!

Tuesday, January 26, 2010

Carrot Cake

Kek carrot ni tempahan Kak Ina dari Waja 11 untuk makan-makan sekeluarga. Last time Kak Ina ada order apam dan kek coklat kali ni nak rasa kek carrot pulak. Dalam kek carrot ni diperkaya dengan raisin, pineapple cube dan walnut. Thanks kak atas tempahan ini.

Monday, January 25, 2010

Hantaran Fondant Merah Putih..

Cerah mata tengok fondant merah putih ni tempahan Ayu dari PPR Sri Wahyu, Jalan Kuching untuk hantaran majlis pernikahannya Sabtu lepas. Dah lama gak aku teringin nak buat kaler merah nih (sangat menyala uols). Ayu tempah dah lebih dua bulan lepas..sungguh rapi perancangannya. Isi dalamnya kek butter dan dilapis dengan marzipan untuk mengekalkan kelembapannya dan juga fondant di luarnya. First time jumpa Ayu, sungguh comel orangnya. Kesian pengantin sibuk ke hulu ke hilir membuat persiapan. Thanks Ayu atas order ini! Buat Ayu, moga bahagia hingga ke syurga.

Monday, January 18, 2010

Cupcakes..

Cupcakes tempahan Makcik Ramlah, baby sitter Naufal untuk mesyuarat sempena majlis kahwin anaknya hujung bulan ini. 50 pcs cupcakes dengan deco suka hati..hahaha..

Kek Hantaran - pink kaler

Kek hantaran kaler pink ni tempahan rakan sekerja kakak aku di PPUM, Kak Rohani namanya. Kak Rohani nak hadiahkan kat anak babysitternya yang melangsungkan pertunangan Sabtu lepas. Jumaat petang bergegas pulang siapkan deco cake tu dan jam 8.00 malam keluar hantar ke wad M4 PPUM sebelum Kak Rohani habis shift petang. Juga sebiji kek coklat untuk makan-makan. Thanks ye Kak Rohani!


Wednesday, January 13, 2010

Majlis Kahwin Nurshirah dan Syahrizal

Pengantin 2010 ni baru melangsungkan perkahwinan pada 8&9 Januari yang lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan. Gigih aku menghantar kek kahwin tersebut sambil Nabilla asik berdoa dalam kereta takut patung kek tu tumbang. Bagus gak doa anak kecik ni, makbul akhirnya. Sampai kami di PD jam 11.30 pagi setelah bertolak jam 10 pagi dari Cheras. Hantar kek terus ke rumah abang di Kg Sawah Sunggawa untuk acara tukar2 baju nak pegi kenduri. Jam 1.30 kami sampai sama dengan pengantin, kompang sedang bergema. Selamat Pengantin Baru buat Syah dan Shirah. Moga kalian bahagia hingga ke hujung nyawa. Ada lagi gambar hantaran yang mak mertua aku siapkan untuk Syah. Next posting la ye. Thanks Shirah dan Syah atas tempahan kek ini. Daaa..sekian untuk pengubat rindu! (ada ke yg rindu..huhu)