Thursday, October 27, 2011

GANTUNG APRON...

Saya menerima banyak call/emel/sms dari pelanggan2 yang ingin membuat tempahan produk. Dukacita sangat saya tak dapat mengambil tempahan buat masa ini sehingga diberitahu kelak. Keadaan kesihatan masih tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Terima kasih banyak2 atas sokongan pelanggan2 di luar sana.

Tuesday, July 12, 2011

BEREHAT SEKETIKA...

Pelanggan yang dihormati,

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 5 Mac yang lalu.Atas masalah kesihatan dan nasihat doktor saya terpaksa merehatkan diri seketika dari mengambil tempahan bagi menjalani rawatan atas masalah kesihatan yang saya alami. Terima kasih atas sokongan pelanggan-pelanggan di luar sana. Saya amat menghargai sms dan call berkenaan tempahan anda. Insya-Allah apabila sudah sihat sepenuhnya saya akan mengambil tempahan seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

Thursday, February 17, 2011

BEREHAT SEKETIKA

Sukacita dimaklumkan saya berehat seketika dari mengambil sebarang tempahan kerana bakal melahirkan anak ketiga pada bila-bila masa sahaja. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang menelefon dan bertanya tentang tempahan. Insya-Allah kita jumpa lagi dalam bulan Jun.