Friday, April 17, 2009

Hepi Besday Nurin Damia

Buttercake tempahan En. Azhar untuk anak gadisnya yang berumur 8 tahun. Hepi Besday untuk Nurin Damia yang akan menyambutnya hari ini.

Thursday, April 16, 2009

3 tiers wedding cake - method steamed buttercream

Kek ni dah lama sangat pun..aku pun dah lupa tarikhnya. Repeat order dari Aisyah dari Parlimen yang pernah order kek kawin tiga tingkat untuk sepupunya. Ini kaedah baru yang aku pelajari di bengkel Kak Ayuliana. Steam buttercream yang licin dan mulus bak fondant hinggakan suami dan anakku sendiri tertipu ingatkan fondant. Jika ada yang berminat bolehlah membuat tempahan.



Wednesday, April 15, 2009

Blueberry cheese cake..

Kesian kat baby tu. Muka comey-comey dah jadi kedut sebab kesilapan makcik Effa ni. Lupa la pulak nama mak baby nih. Sori lah. RAM dah caput gamaknya. Mak baby Wafa nih nak blueberry cheesecake. So, aku boh filling kat dalam dan topping blueberry kat atas kek tu. Terlupa pulak blueberry tu berbiji2. Bila letak jer edible tu seminit dua jadi kedut2. HOwaaaaa...apa nak buat..mohon maaf jer lah kat mak baby tu..hehe..

Tuesday, March 24, 2009

Mari bikin pizza..




Jangan marah..pizza nih edisi segera punya..tak payah uli2 dah. Sebenarnya base pizza tu aku beli jer kat kedai frozen senang citer. Sos pizza pun ada jual kat sana. Isinya hanya sosej dan taburkan capsicum, bawang dan mozarella cheese. Mudah jer kan. Jom makan pizza!!

Carrot cake buat nenek..



Carrot cake dengan cream cheese topping dan tiramisu ni order dari boss lama, Pn. Mona dari Parlimen sempena ulangtahun ibunya yang tercinta. Moga panjang umur buat ibu Puan Mona. Bangga dengan pengorbanan Puan Mona yang sentiasa di sisi ibunya di usia begini. Thanks for the order!

Hantaran Cuppies..



Tempahan dari Fazreen untuk adik iparnya yang bertunang. Harmoni dengan roses dan romantic colour. Isi dalam carrot cake dengan cream cheese dan roses dari buttercream.

Wednesday, March 11, 2009

Maroon cuppies for hantaran..

Cuppies ni ditempah Kak Lela dari PERHILITAN untuk anak buahnya yang akan bertunang. Tema kaler maroon. Hasil R&D jadilah campuran kaler maroon nih. Actually, bukan senang nak menghasilkan kaler yang pelik2. Hasil rujukan ke blog sifu Zati maka terhasillah kaler yang dihajati. Moga Kak Lela puas hati dengan hasilnya. Insya-Allah.