Choc moist cake tempahan rakan-rakan di PERHILITAN untuk majlis perpisahan En. Ahmad Razali yang akan bersara dan pertukaran beberapa rakan ke jabatan lain. Thanks uols!
Monday, December 28, 2009
Choc Moist Cake Lagi..
Posted by Effa, at 11:18 AM 2 comments
Tempahan dari Yuslina
Choc moist cake dengan buttercream tempahan Yuslina..regular customer gak nih. Boleh kasi award kat dia dah. Sebiji kek untuk ulangtahun perkahwinan ibu dan bapanya serta sekali celebrate birthday ahli keluarga. Sebiji kek lagi dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan sahabat Yuslina. Tema biru. Just a simple deco!Thanks Yus! Enjoice!
Posted by Effa, at 11:15 AM 0 comments
Fruit tart..
Fruit tart tempahan Pn. Norma last week untuk dibawa ke rumah kawannya. Hubby deliver ke rumahnya di sebelah taman aku je tu ha. Sorry ler kak..aku kehabisan kotak. Sib baik ada bekas plastik untuk diisi. Thanks ye kak kerna sudi menempah!
Posted by Effa, at 10:26 AM 0 comments
Blueberry cheese tart
Repeat order gak dari mak Mamat, geng bas sekolah si Nabilla yang telah melangsungkan majlis khatan last week. Mak Mamat order Khamis malam tu nak ambil hari Jumaat. Nasib baik aku tak banyak order last weekend. 60 pcs blueberry cheese tart dengan packing untuk dihadiahkan kepada saudara maranya. Mereka anak beranak suka sangat rasa cheese tart tu. Thanks kak!
Posted by Effa, at 10:16 AM 0 comments
Repeat order dari Pn. Laili
Repeat order diterima dari Pn. Laili, JPA Khamis lepas. Satu untuk dihadiahkan kepada kawannya yang menyambut Krismas dan satu lagi untuk dirinya sendiri sempena ulangtahun perkahwinannya hari ini (28 Disember). Cupcakes Krismas tu tertonggeng sedikit dalam perjalanan ke Putrajaya. Hmm..nasib baik tak cedera parah. Inilah insiden yang paling ditakuti oleh baker2 macam aku nih. Selalu kena jaga kek tu macam 'menatang minyak yang penuh' bila buat delivery. Sebab itu online bakers ni suka customer datang ambik sendiri di rumah daripada membuat delivery. Sebarang risiko selepas tu adalah di bawah tanggungjawab customer sendiri. Alhamdulillah, Pn Laili menerimanya dengan senang hati. Hmm...sayang betul aku ngan customer sorang yang baik ati nih. Maaflah Puan tak disengajakan. Aku cadang ganti saja yang baru tapi puan kata ok. Thanks a lot!
Posted by Effa, at 9:55 AM 0 comments
Wednesday, December 23, 2009
Choc Moist Cake
Kek tempahan Nana, anak Pn. Jaliah (PERHILITAN) untuk boss mereka yang akan bersara. Choc moist cake dengan sedikit strawberry dan hiasan choc putih. Thanks Nana for the order!
Posted by Effa, at 10:59 AM 0 comments
Monday, December 21, 2009
Fancy Cookies terbang ke Sabah..
Fuh..tak tido malam aku dibuatnya. Ini gara-gara siapkan tempahan 500 pcs fancy cookies untuk Kak Ina (Koperal Salina) dari Mindef yang order kapkek last week. Cookies ni untuk suami Kak Ina bawa pulang ke Sabah untuk dijadikan doorgift majlis kahwin adiknya. Buat fancy cookies ni actually makan masa. Mana nak kena terap, kena bakar, lukis lagi, packing lagi..adoyaiii. Sebenarnya salah aku gak..dah start keje hari Jumaat tu. Bakar separuh dah. Hari Sabtu tu hubby ajak ke Wetworld Pedas..hmmm...tinggallah keje2 terbengkalai begitu sahaja. Kalu tak kerana kawan lama dah lama aku reject order nih..haha..jgn marah na! Kebetulan anak saudaraku Liyana tidur di rumah dua hari tu. Langsung ku kejutkan Liyana jam 3.00 pagi untuk bantu hubby packing. Aku kejap2 tinggalkan dorang untuk susukan baby. Sambil2 tu dapat lelapkan mata barang 5-10 minit. Satu ketika si kecik tu bangun skali jam 4.00 pagi untuk tolong kacau mama dia. Siap pagi Ahad tu terus hantar ke Wisma Transit, Kuala Lumpur. Balik tu..qadar tido lah..huhu. Sorilah..gambar dah packing tak snap la pulak.
Posted by Effa, at 2:37 PM 0 comments
Fruit Tart Untuk Majlis Pertunangan
Thanks Nurul dari Kajang yang order 60 pcs fruit tart ni untuk majlis pertunangan adik iparnya dan juga nak bawak ke pejabat. Thanks jugak kat Nurul datang ambik tart ni Jumaat lepas. Harap enjoy dengan rasa fruit tart tu ye!
Posted by Effa, at 2:33 PM 0 comments
Happy 1st Birthday Adelya
Kek tempahan Lin untuk ulangtahun anaknya Adelya. Happy Birthday Adelya. Ada kisah sedih di sebalik kek pertama. Harap Lin sabar..yang penting kita enjoy!
Posted by Effa, at 2:17 PM 0 comments
Tempahan last week..
Dapat tempahan dari opismet, Ita dan Ana untuk kek coklat dan brownies. Ana order brownies untuk kengkawan opis lama dia. Sori ye Ana tak dapat publish kek tu. Hanya gambar kek jer sempat aku ambik guna kamera. Bateri selalu kong. Grrr...menyampah betul!Ambik gambar brownies Ana guna henpon tapi tak der kabel lak. Maklumlah beli henpon tanpa aksesori. Sundri mau hengat la kan..hehe. Dua-dua kek coklat tu tempahan Ita. Satu untuk jamuan opis dan satu lagi untuk maknya yang datang dari Penang. So, enjoy!
Posted by Effa, at 2:07 PM 0 comments
Monday, December 14, 2009
Rayyan is One
Thanks buat Yana dari Cheras Indah yang order kek tinggi ni. Minta buatkan kek yang comot2 cenggini dan ada robot di atasnya. Maybe anaknya Rayyan ni suka main robot agaknya. Thanks Yana kerana mencetuskan idea cenggini. Kalu tak akak pun tak penah terfikir nak buat.
*****
Dapat emel dari Yana,
Kak Effa,
kek sgt cantik dan sgt sedap.
tq very much!
nayaternal
Posted by Effa, at 4:07 PM 2 comments
Fondant cake
Syikin penah order blueberry cheese tart dan fruit tart last time. Kali ni Syikin order fondant cake sebagai hantaran untuk majlis perkahwinan adiknya. Inginkan tema kaler pink, white dan green. Alhamdulillah, Syikin suka kek tu bila first time tengok. Thanks Syikin atas order tersebut.
Posted by Effa, at 3:58 PM 0 comments
Thanks buat Koperal Salina dari Mindef yang order 150 cupcakes ni Jumaat lepas. 100 untuk bapa angkatnya yang menyambut menantu dan 50 pcs lagi untuk jamuan di pejabatnya. Actually, ni kawan membesar dari kecik lagi..lama terpisah sekarang kembali rapat. Bila masing-masing dah bawa haluan dan punya kerjaya sendiri baru dapat berjumpa balik. Teringat kenangan zaman kecik2 dulu..main masak-masak, panjat pokok mencari cendawan di ladang. Sungguh indah zaman dulu kala..hehe. Dia datang ambik di rumah Jumaat petang selepas kerja. Kami dinner together. Banyak kisah dikongsi bersama. Nostalgianya! Thanks Kak Ina for the order!
Posted by Effa, at 3:38 PM 0 comments
Selamat Bertunang...
Buttercake tempahan bakal besan makcik Ramlah (babysitter)untuk majlis pertunangan anaknya di Melaka. Terima kasih atas order ini!
Posted by Effa, at 3:29 PM 0 comments
Thursday, December 10, 2009
Happy Birthday Shahar
Cuppies untuk kawan lama di KPT. Birthday Shahar 6 Disember lepas. Sorry ye terlambat wish (bukan lupa, tapi tak ingat). Moga panjang umur, dipermurahkan rezeki dan cepat-cepat dapat baby. Wish you all the best!
Posted by Effa, at 2:15 PM 0 comments
Tempahan Pn. Laili
Strawberry buttercake tempahan Pn. Laili, JPA untuk boss mereka PBU. Pn. Laili kata dia dah jadi regular customer sekarang ni. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Mohon maaf atas kekurangan jika ada. Thanks jugak atas tempahan ini.
Posted by Effa, at 2:10 PM 0 comments
Wednesday, December 9, 2009
Majlis Perpisahan..sob..sob..sob
Setiap yang datang pastinya akan pergi kan. Tapi kalinya yang pergi bukan atas kenaikan pangkat atau bertukar jabatan tapi bersara awal. Majlis perpisahan untuk En. Jerry diadakan tengahari tadi di pejabat kami. Walaupun ahli mesyuarat ramai yang keluar outstation namun kami tetap meraikan majlis ini sebagai mengenang jasa baik dan penghargaan atas perkhidmatannya kepada bahagian kami selama ini. En. Jerry akan pulang ke Sabah menumpukan sepenuh komitmen terhadap keluarganya di sana. Selamat maju jaya buat En. Jerry. Jangan lupakan kami di sini...hehehe..
Posted by Effa, at 2:23 PM 0 comments
Fanatik MU kah??
Blueberry cheese tart dan cupcakes tempahan CT Norakmal untuk yang tersayang. Tema MU untuk si dia..seswai la kan untuk seorang lelaki. Pagi-pagi tadi pun husband mengusik buatkan kek MU untuk orang lain jer..suami sendiri pun tak buat. Maka kutinggalkan beberapa ketul untuk sang suami. Balik tengahari tadi dia belum makan, saje jer sound..why u dont eat my cuppies? dia jawab..later lah! CT nak celebrate kat mana tu ye? Tak jemput akak pun..hehe...
Posted by Effa, at 2:06 PM 0 comments
Tiramisu cake..
Kek tiramisu tempahan Aida dari UM untuk ulangtahun adiknya Haikal yang ke 11 tahun. Inginkan gambar Superman untuk adiknya tapi tak ada la pulak di kedai, cuma dapat gambar Spiderman jer. Aida datang ambik kat rumah aritu. Thanks ye Aida!
Posted by Effa, at 10:15 AM 2 comments
Majlis Perkahwinan Sazailina dan Muadzam 6 Disember 2009
6 Disember 2009 ada agenda yang menanti. Aku dan Kak Sal sekeluarga ke Jerantut rumah roomate lama kami di ITM Jengka. Sazailina, cantik manis kawan aku sorang ni di atas pelamin yang berhias indah. Muadzam pulak adik kepada penyanyi Zur Eda. Merasalah kami ke majlis yang ada hartis-hartis kan..wow! Konvoi ngan Kak Sal dari Bandar Jengka ke Jerantut. Kak Sal mengimbau nostalgia lama di Jengka. Bagi aku tak ada nostalgia yang indah2 sangat sebab itu tempat aku sendiri. Makanan yang disajikan sedap2 la pulak..ada ikan patin uols..nak jer aku cedok sepinggan..tapi ada orang jaga la pulak..sogan den..hehehe. Nasib baik mak Sazai tapaukan makanan untuk kita orang. Merasalah bawak balik lauk dari rumah pengantin. Abis makan dan beramas mesra kami terus balik ke KL. Nasib badan, bila berhujan panas macam tu mulalah penyakit melanda diri. Aku pantang kena hujan..cepat dapat selsema. Hmm...Tahniah buat Sazai dan Muadzam. Moga cepat dapat baby ye..tak sabo nak tengok baby korang!
Posted by Effa, at 9:44 AM 2 comments
Majlis Pertunangan di Kemaman 5 Disember 2009
Selamat Bertunang buat Sham dan Fatihah. Sham ni dua pupu aku sebenarnya. Mak dia sepupu ayah aku. Mari tengok gambar sekitar majlis baru-baru ni. Aku balik ke Jengka pada Jumaat malam arituh. Itu pun dah 12.30 malam baru sampai. Biasalah kami suka berjalan malam. Pagi-pagi dah start hujan kat Jengka..alamak..nak mandi pagi pun malas. Disebabkan program telah dirancang, maka kami bertolak jam 9.00 pagi ke Kemaman. Transit di rumah Niza, kakak Sham di Sungai Karang, Kuantan. Majlis diadakan selepas zohor. Perjalanan ke Kemaman mengambil masa cuma 30 minit sahaja. Dah ditakdirkan hujan sepanjang hari. Singgah membeli keropok lekor dan sata pun dalam hujan. Alang-alang sampai redah jer lah hujan tu kan. Rencana awal nak ke rumah Kak Sal dan Acu di Kuantan pun tak kesampaian. Somebody dah undur2 kete langgar lak bonet depan. Punah harapan..spoil the mood! So, kami pulang terus ke Jengka selepas majlis selesai. Tahniah Sham dan Fatihah. Moga cepat naik pelamin ye!
Posted by Effa, at 8:51 AM 0 comments
Friday, December 4, 2009
Cream Puff..
Cream puff tempahan Dieda dari Pusat Bandar Damansara. Kirim dengan Kak Ziana di Parlimen. Dah selamat Dieda ambil pagi tadi di Parlimen. Jam 5 pagi aku bangun siapkan cream puff Dieda. Si kecik Naufal turut bangun bila aku tiada di sisinya. So, adik temankan mama kat dapur kan. Pandai adik kakak! Thanks Dieda. Thanks kak Ziana kerana sudi 'tumpangkan' cream puff tu ye.
Posted by Effa, at 2:41 PM 0 comments