Fuh..tak tido malam aku dibuatnya. Ini gara-gara siapkan tempahan 500 pcs fancy cookies untuk Kak Ina (Koperal Salina) dari Mindef yang order kapkek last week. Cookies ni untuk suami Kak Ina bawa pulang ke Sabah untuk dijadikan doorgift majlis kahwin adiknya. Buat fancy cookies ni actually makan masa. Mana nak kena terap, kena bakar, lukis lagi, packing lagi..adoyaiii. Sebenarnya salah aku gak..dah start keje hari Jumaat tu. Bakar separuh dah. Hari Sabtu tu hubby ajak ke Wetworld Pedas..hmmm...tinggallah keje2 terbengkalai begitu sahaja. Kalu tak kerana kawan lama dah lama aku reject order nih..haha..jgn marah na! Kebetulan anak saudaraku Liyana tidur di rumah dua hari tu. Langsung ku kejutkan Liyana jam 3.00 pagi untuk bantu hubby packing. Aku kejap2 tinggalkan dorang untuk susukan baby. Sambil2 tu dapat lelapkan mata barang 5-10 minit. Satu ketika si kecik tu bangun skali jam 4.00 pagi untuk tolong kacau mama dia. Siap pagi Ahad tu terus hantar ke Wisma Transit, Kuala Lumpur. Balik tu..qadar tido lah..huhu. Sorilah..gambar dah packing tak snap la pulak.
Monday, December 21, 2009
Fancy Cookies terbang ke Sabah..
Posted by Effa, at 2:37 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment