3 tier wedding cake ni tempahan dari En. Saiful sempena majlis perkahwinannya yang diadakan di Bangi Golf Resort semalam. Saiful ni sebenarnya sepupu pegawai di opis aku gak, Cik Shirah. Thanks sebab perkenalkan sedapnyakek.blogspot kat Saiful. Sorri tak dapat nak snap gambar yang disusun di atas cake stand sebab kena balik cepat pasal bawak baby skali. Cake stand tu aku sewa dari Kak Ayu di Seksyen 7. Selamat Pengantin Baru buat Saiful dan Hidayah. Moga bahagia ke akhir hayat hendaknya. Maaf atas segala kekurangan. Thanks sebab sudi order dari kami ye!
***Nota Kaki:
Terima emel dari Saiful pada 30/11/2009
Kak Effa, thanks for the cake, sedap kek tu. Nanti leh rekemen kat kengkawan.
Regards,
Saiful a.k.a Pon
**thanks for your support!
Monday, November 30, 2009
3 tier wedding cake
Posted by Effa, at 9:13 AM 0 comments
Salam AidilAdha..
Alhamdulillah selesai sudah ibadat korban kita tahun ini. Tahun ni keluarga kami tidak berkorban cuma sempat merasa daging korban di rumah mak saudara di Jengka 17. Aku berangkat pulang ke kampung sehari sebelum hari raya setelah selesai menyudahkan tempahan teman-teman rapat. Gambar-gambar tak sempat ambil guna kamera sebab biasa..kehabisan bateri. Thanks buat mak kawan anakku. Mamat(lupa tanya nama maknya) yang telah menempah 3 biji simple choc moist dan 10 biji blueberry tart untuk anaknya Mamat yang teringin sangat nak makan tart tu. Terima kasih jugak buat Kak Ziana n the gang dari Parlimen yang telah menempah 3 biji simple choc moist cake dan dua biji orange buttercake - sori kak, tak dapat buat carrot cake. Tak lupa Rohana kawan opis yang sudi order fruit tart aritu. Sebelum balik deliver kat opis. Thanks uols!
Posted by Effa, at 9:04 AM 0 comments
Friday, November 20, 2009
Choc Moist Cake
Choc moist cake tempahan Linda dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras untuk anaknya yang meraikan majlis perpisahan di sekolahnya hari Jumaat. Khamis malam diambil oleh bapa saudaranya yang tinggal di kejiranan yang sama dengan kami. Thanks Linda, kalau sedap orderlah lagi ye!
Posted by Effa, at 9:30 PM 0 comments
Tuesday, November 17, 2009
PENGUMUMAN PENTING..
Kepada jiran saya di Pangsapuri Waja, puan (saya lupa namanya Shamsina@Sakinah) yang nak tempah kek pada 20hb ini sila hubungi saya SEGERA kerana saya kehilangan nombor telefon anda!
Posted by Effa, at 7:14 AM 0 comments
Monday, November 16, 2009
Big Order..
Nampaknya cuti sekolah semakin menghampiri. Maka makin bz la aku kat dapur tu membakar kek. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah yang tak putus-putus ni. Cuppies ni order dari Pn. Laily, JPA untuk majlis perkahwinan anaknya hujung minggu lalu. 100 pcs telah dihantar malam Jumaat yang lalu untuk majlis akad nikah pada siang Jumaat. Manakala 300 pcs lagi dihantar ke PUSPANITAPURI, Putrajaya pada petang Sabtu untuk majlis sanding pada malam tersebut. Bangun seawal 1.00 pagi Sabtu tu untuk membakar kek dan sempat tidur dua jam selepas subuh. Lepas tu start deco pagi pagi hinggalah jam 4.00 petang. Buat tiga jenis perisa dan tiga jenis deco yang berbeza. Tapi yang dapat diambil gambarnya hanya satu deco, yang lenlain dah masuk kotak - selamat jalan. Terima kasih buat en suami yang telah turut bertungkus lumus membantu isterimu ini. Alhamdulillah cuppies telah dihantar tepat masanya. Thanks buat Pn. Laily yang sudi menempah kek dengan kami.
Posted by Effa, at 8:30 AM 2 comments
Wednesday, November 11, 2009
Cuppies orange..
Saje ambik feel orange sebab akan bergelumang dengan kaler ni dalam dua tiga hari lagi. Cuppies ni tempahan terkejut dari Pn. Rohana dari Parlimen. Memandangkan kenalan lama berharap sangat terpaksa akur dengan permintaan pelanggan sorang ni. First time jual cuppies guna kotak jenis ni. Selamatlah perjalanan cuppies tu daripada berlaga sesama sendiri kan. Thanks kat Pn Rohana sebab sudi order ye. Harap puas hati dengan rasa kek tu..vanilla campur ngan orange buttercake.
Posted by Effa, at 2:25 PM 0 comments
Monday, November 9, 2009
Happy Birthday Azrul
Cuppies tempahan Yana untuk hari lahir anak bujangnya Azrul yang ke enam tahun. Cuppies ni dihantar ke tadika anaknya. Choc moist cuppies edible Ben10 dan Sponge Bob ni pastinya menarik hati anak-anak kita kan. Thanks Yana for the order!
Posted by Effa, at 9:05 AM 0 comments
To Mr. Monday..
Kelakar juga anak sorang nih..Lydia order kek butter oren nak sama macam kek Aiman anak Pn Sakinah baru-baru nih. Mulanya aku tak perasan ayat2 di bawah tu...bila diprint baru aku nampak..Mr Monday..oh..rupanya bapa si Lydia ni namanya En. Isnin. Thanks Lydia for the order!
******************************
Posted by Effa, at 8:57 AM 0 comments
Majlis Jamuan Akhir Tahun
Choc Moist Cake tempahan Kak Hasnah untuk dibawa ke sekolah anaknya di SKBTHO2 yang menyambut majlis perpisahan akhir tahun dan hari kanak-kanak last week. Hanya small size untuk kek tersebut. Harap mereka enjoy!
Posted by Effa, at 8:54 AM 0 comments
Tempahan Puan Laily
Pn Laily dari JPA order 3 set cuppies last week untuk untuk kawan anaknya dan untuk dihadiahkan kepada isteri Pengarah Pencen JPA yang menyambut ulangtahun perkahwinan tak silap aku. (satu lagi aku tak tau..hehehe) Malangnya gambar tu tak sempat aku snap. Terima kasih ye Puan. Maaflah buttercream terlalu cair mungkin kepanasan agaknya. Terima kasih atas tempahan ini. Next order kita kasi best punya!
Posted by Effa, at 8:39 AM 0 comments
Sunday, November 1, 2009
Repeat Order dari Elly..
Teman lama, Elly order kek ni untuk meraikan majlis hari lahir di rumah ibu mertuanya di Kg Baru, KL. Last time dia ada order budget cuppies untuk surprise kan emaknya sendiri. Kek di dalam sponge kek ngan layer blueberry dan topping fresh cream. Mulanya cadang nak topping atas tu ngan blueberry untuk ke'blueberrian'nya jelas terasa..tapi Elly nak tulis semua nama di atas kek itu. Maka aku pilih menggubah roses di atasnya gunakan buttercream. Harap Elly puas menikmati kek tersebut. Terima kasih banyak atas kepercayaan itu.
Posted by Effa, at 1:13 PM 2 comments