Monday, November 16, 2009

Big Order..

Nampaknya cuti sekolah semakin menghampiri. Maka makin bz la aku kat dapur tu membakar kek. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah yang tak putus-putus ni. Cuppies ni order dari Pn. Laily, JPA untuk majlis perkahwinan anaknya hujung minggu lalu. 100 pcs telah dihantar malam Jumaat yang lalu untuk majlis akad nikah pada siang Jumaat. Manakala 300 pcs lagi dihantar ke PUSPANITAPURI, Putrajaya pada petang Sabtu untuk majlis sanding pada malam tersebut. Bangun seawal 1.00 pagi Sabtu tu untuk membakar kek dan sempat tidur dua jam selepas subuh. Lepas tu start deco pagi pagi hinggalah jam 4.00 petang. Buat tiga jenis perisa dan tiga jenis deco yang berbeza. Tapi yang dapat diambil gambarnya hanya satu deco, yang lenlain dah masuk kotak - selamat jalan. Terima kasih buat en suami yang telah turut bertungkus lumus membantu isterimu ini. Alhamdulillah cuppies telah dihantar tepat masanya. Thanks buat Pn. Laily yang sudi menempah kek dengan kami.



2 comments:

amn said...

Alhamdullilah..

Kencang betul business sekarang ya Pa...

Effa, said...

D, alhamdulillah..
kau pun dah boleh start menempah...kekeke..