Wednesday, February 10, 2010

Carrot cake

Kek ni tempahan Pn Jue, jiran di pangsapuri Waja untuk dibawa ke majlis tahlil keluarga kalau tak silap aku. Tengahari Sabtu tu hantar ke rumahnya. Carrot cake dengan cheese cream topping..memang menjilat jari! Thanks for the order!

Tempahan Pn. Norma

Cuppies tempahan Pn. Norma untuk dibawa ke asrama sekolah teknik anaknya di Sepang. Cuppies pengukuh silaturrahim temanya sebab nak diberikan kepada rakan-rakan seasrama anaknya di sana. Thanks kak, moga budak2 tu hepi hendaknya.

Hepi B'day Liza

Tempahan rakan-rakan di PERHILITAN untuk rakan sepermainan mereka, Nurul Liza yang menyambut hari lahir yang ke ... (?) lupa nak tanya..huhu. Buat Liza, semoga panjang umur, murah rezeki hendaknya..insya-Allah. Buat Ita, thanks for the order!

Monday, February 8, 2010

Besday Ah Tung..

Oreo cheese cake tempahan Ah Tung, anak muda berjiwa besar untuk dijamu kepada rakan-rakan di pejabat sempena hari lahirnya yang ke 24. Hari tu dia mintak aku sediakan spagetti buat kawan-kawan. Moga dia murah rezeki. Sekarang dah sampai Sarawak untuk bercuti Chinese New Year. Thanks Ah Tung!

Wednesday, February 3, 2010

Oreo Cheese Cake

Dah lama nak cuba buat oreo cheese cake ni. Bagi aku inilah cheese cake yang paling heaven rasanya. Rasanya tak manis sangat, lemak-lemak dengan rasa oreo yang pastinya menawan selera sesiapa yang menikmatinya. Berani, cubalah..hehe...


Repeat order Pn. Laili

Ahad aritu siapkan tempahan Pn. Laili, my lovely customer..hehe. Dua set cuppies ni dihantar ke rumahnya di PJ pagi-pagi Ahad tu. Tu pun aku bertangguh nak menyiapkan cuppies ni. 32 pcs cuppies perisa orange dan strawberry ku siapkan untuk Pn. Laili. Cadang nak bakar malam, tup-tup rasa tak larat sangat badan. Memang perangai aku macam tu, suka last minit. Tidur dulu, jam 5.00 pagi baru bangun siapkan adunan dan bakar. Sejukkan kek, jam 7.00 baru mula mendeco. So, sape jadi customer aku dapat rasakan 'kefreshan' kek aku nih. Deco sempoi jer la..jam 9.00 hubby keluar menghantar. Hajat nak ke Rawang untuk kenduri kawan lama masuk rumah baru pun tak kesampaian. Banyak sangat agenda terkumpul dalam kepala nih. Thanks Pn. Laili. Kalau sedap nanti order lagi tau...hehehe..

Tuesday, February 2, 2010

Cuppies for doorgift..

Cuti panjang last week. Hari Khamis dah start cuti kerana makcik babysitter Naufal sibuk uruskan majlis perkahwinan anaknya. Hari Jumaat malam Acu (anak makcik) telah dinikahkan di rumahnya. Riuh rendah kejiranan kami dengan jiran-jiran yang membantu menyiapkan majlis dan saudara mara makcik yang datang dari jauh dan dekat. Dalam kesibukan mereka, rezeki Allah tu tak ke mana. Ada gak dapat tempahan 650 pcs kapkek pelbagai perisa sebagai doorgift untuk diberikan kepada tetamu-tetamunya. Untung dekat, malam Jumaat, jam 2.00 pagi aku bangun start membakar. Ku gesa hubby untuk turut bercuti membantu aku menyiapkan tempahan. Siap deco semua kapkek tu sebelum majlis bermula esoknya. Sampai tengah malam, jiran tetangga sibuk packing dalam goodie bag. Selamat pengantin baru buat Acu dan suami. Terima kasih juga kepada makcik Ramlah atas kepercayaan yang diberikan. Thanks..thanks..thanks!