Cuti panjang last week. Hari Khamis dah start cuti kerana makcik babysitter Naufal sibuk uruskan majlis perkahwinan anaknya. Hari Jumaat malam Acu (anak makcik) telah dinikahkan di rumahnya. Riuh rendah kejiranan kami dengan jiran-jiran yang membantu menyiapkan majlis dan saudara mara makcik yang datang dari jauh dan dekat. Dalam kesibukan mereka, rezeki Allah tu tak ke mana. Ada gak dapat tempahan 650 pcs kapkek pelbagai perisa sebagai doorgift untuk diberikan kepada tetamu-tetamunya. Untung dekat, malam Jumaat, jam 2.00 pagi aku bangun start membakar. Ku gesa hubby untuk turut bercuti membantu aku menyiapkan tempahan. Siap deco semua kapkek tu sebelum majlis bermula esoknya. Sampai tengah malam, jiran tetangga sibuk packing dalam goodie bag. Selamat pengantin baru buat Acu dan suami. Terima kasih juga kepada makcik Ramlah atas kepercayaan yang diberikan. Thanks..thanks..thanks!
Tuesday, February 2, 2010
Cuppies for doorgift..
Posted by Effa, at 3:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment