Monday, February 22, 2010

Tempahan dari Lusiana Catering

Terima kasih diucapkan kepada Kak Ana dari Lusiana Catering yang telah menempah kapkek, blueberry cheese tart dan fruit tart Ahad lepas. Semua tempahan ini untuk kliennya yang menyambut Chinese New Year. Alhamdulillah, semua tempahan siap dihantar jam 11.30 pagi ke rumah Kak Ana di Kg Pandan Dalam.

Bukan baru mengenali Lusiana Catering ni, khidmatnya memang tiptop. Pernah berurusan semasa berkhidmat di KPT beberapa tahun lepas. Malah LC menjadi favourite YB Datuk Idris Haron dan angkatannya sepanjang menerajui kementerian tersebut. Sesiapa yang berminat khidmat mereka boleh melayari laman webnya http://www.themakan.net.

Menurut Kak Ana, deco kapkek tu menjadi perhatian tetamu2 kliennya semasa majlis. Aku pun dah tak der idea, bila Kak Ana kata nak tema CNY, kaler merah dan putih teringat blog MamaFami baru-baru ni ada buat kapkek CNY ngan apek dan amoinya yang comel. Mintak izin ye MamaFami..hehe..

Buat Lusiana Catering, moga bisnes bertambah maju, jangan segan-segan order ye! Thankss....




2 comments:

Web Sutera said...

Assalamualaikum Effa. Andai Datuk Idris masih di KPT, masih ada bisnes saya gamaknya di sana. Namun saya ok, rezeki dari Allah.

Apa khabat Datuk & En. Bad? Ada contact dia orang?

Effa, said...

En. Hizam, rezeki ada di mana2,insya-Allah. Datuk sebok jaga kawasan..En. Bad masih dengan dia.