Monday, December 28, 2009

Choc Moist Cake Lagi..

Choc moist cake tempahan rakan-rakan di PERHILITAN untuk majlis perpisahan En. Ahmad Razali yang akan bersara dan pertukaran beberapa rakan ke jabatan lain. Thanks uols!

Tempahan dari Yuslina

Choc moist cake dengan buttercream tempahan Yuslina..regular customer gak nih. Boleh kasi award kat dia dah. Sebiji kek untuk ulangtahun perkahwinan ibu dan bapanya serta sekali celebrate birthday ahli keluarga. Sebiji kek lagi dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan sahabat Yuslina. Tema biru. Just a simple deco!Thanks Yus! Enjoice!

Fruit tart..

Fruit tart tempahan Pn. Norma last week untuk dibawa ke rumah kawannya. Hubby deliver ke rumahnya di sebelah taman aku je tu ha. Sorry ler kak..aku kehabisan kotak. Sib baik ada bekas plastik untuk diisi. Thanks ye kak kerna sudi menempah!

Blueberry cheese tart

Repeat order gak dari mak Mamat, geng bas sekolah si Nabilla yang telah melangsungkan majlis khatan last week. Mak Mamat order Khamis malam tu nak ambil hari Jumaat. Nasib baik aku tak banyak order last weekend. 60 pcs blueberry cheese tart dengan packing untuk dihadiahkan kepada saudara maranya. Mereka anak beranak suka sangat rasa cheese tart tu. Thanks kak!

Repeat order dari Pn. Laili

Repeat order diterima dari Pn. Laili, JPA Khamis lepas. Satu untuk dihadiahkan kepada kawannya yang menyambut Krismas dan satu lagi untuk dirinya sendiri sempena ulangtahun perkahwinannya hari ini (28 Disember). Cupcakes Krismas tu tertonggeng sedikit dalam perjalanan ke Putrajaya. Hmm..nasib baik tak cedera parah. Inilah insiden yang paling ditakuti oleh baker2 macam aku nih. Selalu kena jaga kek tu macam 'menatang minyak yang penuh' bila buat delivery. Sebab itu online bakers ni suka customer datang ambik sendiri di rumah daripada membuat delivery. Sebarang risiko selepas tu adalah di bawah tanggungjawab customer sendiri. Alhamdulillah, Pn Laili menerimanya dengan senang hati. Hmm...sayang betul aku ngan customer sorang yang baik ati nih. Maaflah Puan tak disengajakan. Aku cadang ganti saja yang baru tapi puan kata ok. Thanks a lot!

Wednesday, December 23, 2009

Choc Moist Cake

Kek tempahan Nana, anak Pn. Jaliah (PERHILITAN) untuk boss mereka yang akan bersara. Choc moist cake dengan sedikit strawberry dan hiasan choc putih. Thanks Nana for the order!

Monday, December 21, 2009

Fancy Cookies terbang ke Sabah..

Fuh..tak tido malam aku dibuatnya. Ini gara-gara siapkan tempahan 500 pcs fancy cookies untuk Kak Ina (Koperal Salina) dari Mindef yang order kapkek last week. Cookies ni untuk suami Kak Ina bawa pulang ke Sabah untuk dijadikan doorgift majlis kahwin adiknya. Buat fancy cookies ni actually makan masa. Mana nak kena terap, kena bakar, lukis lagi, packing lagi..adoyaiii. Sebenarnya salah aku gak..dah start keje hari Jumaat tu. Bakar separuh dah. Hari Sabtu tu hubby ajak ke Wetworld Pedas..hmmm...tinggallah keje2 terbengkalai begitu sahaja. Kalu tak kerana kawan lama dah lama aku reject order nih..haha..jgn marah na! Kebetulan anak saudaraku Liyana tidur di rumah dua hari tu. Langsung ku kejutkan Liyana jam 3.00 pagi untuk bantu hubby packing. Aku kejap2 tinggalkan dorang untuk susukan baby. Sambil2 tu dapat lelapkan mata barang 5-10 minit. Satu ketika si kecik tu bangun skali jam 4.00 pagi untuk tolong kacau mama dia. Siap pagi Ahad tu terus hantar ke Wisma Transit, Kuala Lumpur. Balik tu..qadar tido lah..huhu. Sorilah..gambar dah packing tak snap la pulak.