Tuesday, June 22, 2010

Bz like a bee..

Maaf, lama tak upload gambar2 di blog ini. Sukar untuk digambarkan betapa bizi (body) nya aku sekarang ini. (Ye ke??). Mula2 si adik demam campak, kemudian si kakak pulak demam. Lepas si kakak demam, adik kembali demam. Betapa banyaknya cuti kuhabiskan di bulan Jun sahaja. Nasib baik ada 'bonus' cuti untuk tahun ini. Alhamdulillah. Disertakan gambar2 tempahan yang lalu. Di samping kek-kek perayaan dan kesyukuran setiap minggu mengisi masa dengan tempahan kek coklat kukus yang pastinya melekat. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan yang tidak berbelah bahagi. Hanya Allah S.W.T yang dapat budi baik kalian. Thankssss...

Chocolate banana cake tempahan Pn. Norma untuk anaknya Nurain. Sambut hari lahir ke 12, 2 Jun lalu, sama lak ngan tarikh anniversary aku ke 9.

***********************************************
Cupcakes tempahan Pn. Hjh Hasnah, Bandar Teknologi Kajang. Untuk cucunya bawa ke tadika.


********************************************
Oreo cheese cake tempahan Pn. Yuhanis untuk suaminya.

*************************************************
Cupcakes flavor stawberry dan orange tempahan my regular customer Pn. Laily dari JPA sempena hari lahirnya. Thanks Pn. Laily..bday ke berapa tuh? hehehe.e..


Monday, June 7, 2010

Sambungan..

Oreo cheese cake tempahan Ili, student UKM untuk majlis makan malam. Tak sure PIGAS stand untuk apa. Untuk cheese cake ramai yang suka deco simple macam ni saja. Customer dah suka, akak buat jerlah. Thanks Ili, enjoy the cake!


Kek tempahan Ita, GBS untuk anaknya Anas. Hantar ke taska anaknya di Kajang. Thanks Ita.


Ini kek harijadi anakku Naufal. Cuma sempat buat black forest cake dan order pizza sahaja. Kebetulan kakakku dan anak2nya datang, kenduri pizza jer lah.

Tuesday, June 1, 2010

Tayangan perdana gambaq lama...

Buat tayangan perdana gambar2 yang tak sempat upload. Thanks buat semua pelanggan-pelanggan setiaku kerana menyokong produk home made oleh part time baker cam aku nih. Ku cuba memberikan yang terbaik untuk pelanggan-pelangganku walaupun aku sendiri tak cukup waktu. Gambar lain akan menyusul. Thanks a lot!

2 biji oreo cheese cake tempahan Linda, Pandan Indah untuk majlis hari lahir suaminya.


Orange Sponge Cake dengan edible image Ben-10 tempahan Pn. Norshaliza, Cheras Perdana buat anaknya Danial. Thanks Dik!

Chocolate banana cake tempahan Mamat, geng bas sekolah Nabilla. Thanks Mamat, kalau sedap order lagi tau..hihi..

Choc moist cake tempahan Pn. Nurshirah sempena hari lahir suaminya. Disiapkan dalam kekalutan. Kesian Syah, isterinya sibuk dengan kerja...hepi besday ye!

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Hari Guru..

Terima kasih Pn. Ina dari Bank Rakyat Bandar Tun Razak yang telah menempah 12 biji choc moist cake sempena sambutan Hari Guru 2010. Kek-kek disumbangkan untuk sekolah-sekolah area Cheras. Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. "Guru Pembina Bangsa Negara"



Friday, May 14, 2010

Happy Birthday Ajoi

Choc moist cuppies tempahan my ex-boss untuk anaknya Ajoi sempena hari lahirnya. Bila deco untuk orang lelaki mulalah tak tau apa nak deco. Jelajah sana sini jumpa pulak kapkek yang dideco tema note2 music cenggini. Harap2 Ajoi suka lah hendaknya dengan deco simple macam ni. Buat En. SA, thanks for the order!

Monday, May 10, 2010

Kek Teddy Bear...

Tak terucap dan tak tergambar rasa kepuasannya apabila dapat menghadiri kelas teddy bear bersama Kak Ina, mycuppycupcake di Setiawangsa Sabtu lepas. Selama ni dok intai jer kelas Kak Ina dari jauh. Bila dapat peluang ni terus grab dan inilah hasilnya. Semua mata yang tengok rasa teruja. Haruslah kan. Aku pun turut merasa nak frame jer kek tu sampai bila2. Alhamdulillah, pabila dapat guru yang betul2 ikhlas mencurahkan ilmu yang dimilikinya kurasakan aku perlu lagi ke sana menimba. Thanks Kak Ina yang sangat2 penyabar orangnya. Kepada sesiapa yang berminat nak order sila call @ emel ye!


Oreo Cheese Cake

Oreo cheese cake tempahan Ernie dari Sentul untuk hari lahir mak dan adiknya. Thanks Ernie, enjoy the cake!