Monday, February 22, 2010

New Product ***- POPCAKE

A very mouth-watering 'jajan' nowadays!


Popcake ball - RM65/box of 49 pcs (minimum order 49 pcs)



Popcake pahar - RM1.80/pcs (minimum order 50 pcs) (with plastic packaging)

Tempahan dari Lusiana Catering

Terima kasih diucapkan kepada Kak Ana dari Lusiana Catering yang telah menempah kapkek, blueberry cheese tart dan fruit tart Ahad lepas. Semua tempahan ini untuk kliennya yang menyambut Chinese New Year. Alhamdulillah, semua tempahan siap dihantar jam 11.30 pagi ke rumah Kak Ana di Kg Pandan Dalam.

Bukan baru mengenali Lusiana Catering ni, khidmatnya memang tiptop. Pernah berurusan semasa berkhidmat di KPT beberapa tahun lepas. Malah LC menjadi favourite YB Datuk Idris Haron dan angkatannya sepanjang menerajui kementerian tersebut. Sesiapa yang berminat khidmat mereka boleh melayari laman webnya http://www.themakan.net.

Menurut Kak Ana, deco kapkek tu menjadi perhatian tetamu2 kliennya semasa majlis. Aku pun dah tak der idea, bila Kak Ana kata nak tema CNY, kaler merah dan putih teringat blog MamaFami baru-baru ni ada buat kapkek CNY ngan apek dan amoinya yang comel. Mintak izin ye MamaFami..hehe..

Buat Lusiana Catering, moga bisnes bertambah maju, jangan segan-segan order ye! Thankss....




Thursday, February 18, 2010

Cuppiesssss..

Ntah berapa banyak 's' la untuk cuppies tu kan. Minggu lepas memang minggu cuppies gamaknya. 100 pcs cuppies ni tempahan kawan sekampung untuk majlis pertunangan adiknya, Mazwina. Sampai di kampung jam 3.00 pagi Ahad, jam 8.00 start mendeko. Majlis pertunangan jam 12.00. Selamat dihantar jam 11.00 pagi tu. Aku pun turut serta dalam majlis tu sambil2 menjamu selera yang tak boleh tahan nafsunya. Siap ada somtam lagi. Meriah la majlis tu kan ngan makanan yang lazat2 sekali. Tapi nafsu makan dah kurreng sebab dah penat dua hari tak tido. Abis jer majlis petang tu, aku pengsan sampai ke maghrib. Memang tak larat sangat, suara pun dah serak2 basah ala-ala Ella dah pun. Buat Ina, jaga diri ye, kasi habis belajar dulu baru kahwin..hehe. Buat Ita, thanks for the order!


Fondant cuppies..

Fondant cuppies dengan tema merah putih menjadi pilihan Aisyah dan Aman untuk majlis pertunangan mereka. Aisyah ni adik kawan lama gak, Kak Ziana kat Parlimen yang sedang cuti bersalin sekarang. Selamat bertunang buat Aisyah dan Aman. Moga cepat ke jinjang pelamin. Buat Kak Ziana, thanks ye sudi order wpun dari kejauhan..hehehe..

Wonderpets and Syiera..

Choc moist cake ngan edible image wonderpets ni tempahan Nana untuk ulangtahun pertama anaknya Dahlia Asyiera. Hantar dah malam pun, sebelum pulang ke kampung tengah-tengah malam buta tu..huhu. Gambar pun sempat snap satu jer, pastu bateri kong king kong! Actually, baby Syiera ni cucu teman sepejabatku jugak, Mama Jaliah..hehe. Hepi birthday baby!

Oreo Cheese Cake

Tempahan dari seorang suami untuk meraikan ulangtahun perkahwinan mereka. Thanks Wahab atas order ini. Pandai dia wat surprise untuk isterinya. Terkejut isterinya saat my hubby hantar kek tu kat pintu dia. Ingat dah salah pintu..hehe. Jiranku jugak, dekat jer bawah umah aku tu..hehe..Hepi Anniversary uols!

B'day MIL

Cuppies yang kubawa ke rumah MIL sempena makan-makan meraikan hari lahir MIL Sabtu lepas. MIL masak nasi ngan lauk pauk yang lazat. Anak-anak datang makan..huhu. Hepi besday mak!

Cuppies repeat order Pn. Laili

Cuppies ni tempahan Pn. Laili, my regular customer. Walaupun membuat order di saat2 'nazak' ku terima jua memandangkan 'title' yang dipegangnya selama ini..hehehe. Saat2 aku berdepan dengan deretan order untuk cuti tahun baru cina tu, si Naufal pulak meragam kerana demam. Jumaat tu aku E.L lagi..huhu. Pagi-pagi bawa Naufal ke klinik memandangkan demam on and off dan batuk dan selsema yang berpanjangan. Balik rehat di rumah dan dia tak lekang dari dakapanku sehinggalah jam 1.00 pagi. Bila aku bangun untuk mulakan 'tugasan' baking dia turut berjaga dan merengek. Aduhai sayang...terpaksalah hubby bangun melayan karenah si kecik sorang tu. Menjelang subuh baru selesai membakar. Mulakan deco jam 8.00 pagi sehinggalah siap menghantar jam 1.00 tgh. Lepas tu tak rehat lagi, terus shoot ke rumah MIL di Setapak untuk majlis hari lahir MIL ku pulak. Thanks Pn. Laili dan lain-lain customer atas support yang berterusan!

Wednesday, February 10, 2010

Carrot cake

Kek ni tempahan Pn Jue, jiran di pangsapuri Waja untuk dibawa ke majlis tahlil keluarga kalau tak silap aku. Tengahari Sabtu tu hantar ke rumahnya. Carrot cake dengan cheese cream topping..memang menjilat jari! Thanks for the order!

Tempahan Pn. Norma

Cuppies tempahan Pn. Norma untuk dibawa ke asrama sekolah teknik anaknya di Sepang. Cuppies pengukuh silaturrahim temanya sebab nak diberikan kepada rakan-rakan seasrama anaknya di sana. Thanks kak, moga budak2 tu hepi hendaknya.

Hepi B'day Liza

Tempahan rakan-rakan di PERHILITAN untuk rakan sepermainan mereka, Nurul Liza yang menyambut hari lahir yang ke ... (?) lupa nak tanya..huhu. Buat Liza, semoga panjang umur, murah rezeki hendaknya..insya-Allah. Buat Ita, thanks for the order!

Monday, February 8, 2010

Besday Ah Tung..

Oreo cheese cake tempahan Ah Tung, anak muda berjiwa besar untuk dijamu kepada rakan-rakan di pejabat sempena hari lahirnya yang ke 24. Hari tu dia mintak aku sediakan spagetti buat kawan-kawan. Moga dia murah rezeki. Sekarang dah sampai Sarawak untuk bercuti Chinese New Year. Thanks Ah Tung!

Wednesday, February 3, 2010

Oreo Cheese Cake

Dah lama nak cuba buat oreo cheese cake ni. Bagi aku inilah cheese cake yang paling heaven rasanya. Rasanya tak manis sangat, lemak-lemak dengan rasa oreo yang pastinya menawan selera sesiapa yang menikmatinya. Berani, cubalah..hehe...


Repeat order Pn. Laili

Ahad aritu siapkan tempahan Pn. Laili, my lovely customer..hehe. Dua set cuppies ni dihantar ke rumahnya di PJ pagi-pagi Ahad tu. Tu pun aku bertangguh nak menyiapkan cuppies ni. 32 pcs cuppies perisa orange dan strawberry ku siapkan untuk Pn. Laili. Cadang nak bakar malam, tup-tup rasa tak larat sangat badan. Memang perangai aku macam tu, suka last minit. Tidur dulu, jam 5.00 pagi baru bangun siapkan adunan dan bakar. Sejukkan kek, jam 7.00 baru mula mendeco. So, sape jadi customer aku dapat rasakan 'kefreshan' kek aku nih. Deco sempoi jer la..jam 9.00 hubby keluar menghantar. Hajat nak ke Rawang untuk kenduri kawan lama masuk rumah baru pun tak kesampaian. Banyak sangat agenda terkumpul dalam kepala nih. Thanks Pn. Laili. Kalau sedap nanti order lagi tau...hehehe..

Tuesday, February 2, 2010

Cuppies for doorgift..

Cuti panjang last week. Hari Khamis dah start cuti kerana makcik babysitter Naufal sibuk uruskan majlis perkahwinan anaknya. Hari Jumaat malam Acu (anak makcik) telah dinikahkan di rumahnya. Riuh rendah kejiranan kami dengan jiran-jiran yang membantu menyiapkan majlis dan saudara mara makcik yang datang dari jauh dan dekat. Dalam kesibukan mereka, rezeki Allah tu tak ke mana. Ada gak dapat tempahan 650 pcs kapkek pelbagai perisa sebagai doorgift untuk diberikan kepada tetamu-tetamunya. Untung dekat, malam Jumaat, jam 2.00 pagi aku bangun start membakar. Ku gesa hubby untuk turut bercuti membantu aku menyiapkan tempahan. Siap deco semua kapkek tu sebelum majlis bermula esoknya. Sampai tengah malam, jiran tetangga sibuk packing dalam goodie bag. Selamat pengantin baru buat Acu dan suami. Terima kasih juga kepada makcik Ramlah atas kepercayaan yang diberikan. Thanks..thanks..thanks!