Tuesday, March 30, 2010

Salam rindu di kejauhan...

Semua tempahan ini datangnya daripada Pn. Zalela di Kanada untuk keluarganya di Malaysia. Pn. Zalela ni bertugas di Matrade, jiran depan rumah aku jugak sebenarnya. 800 biji kapkek roses merah ni dihadiahkan sempena majlis perkahwinan adik iparnya di Kompleks Belia Antarabangsa, Cheras. Choc moist cake dengan nama-nama ahli keluarga khas buat keluarga mertua di Kajang dan ibu bapanya di Melaka. Popcake juga menjadi penghubung mereka. Katanya bila tinggal di kejauhan ni rasa sentimental sangat. Cukuplah dikirimkan semua ini sebagai pengubat rindu tidak dapat pulang bersama meraikan hari bahagia adik iparnya. Harap Pn. Zalela berpuas hati menatap gambar-gambar ini walaupun tidak dapat merasanya. Terima kasih banyak atas tempahan ini.





Wednesday, March 24, 2010

Barbie Doll Cake

Dua2 ni tempahan Pn. Kassmiza dari Paya Indah Wetlands untuk anaknya Qurratul Aini yang meraikan majlis hari lahir di tadikanya semalam. Terima kasih atas tempahan ini.


Tuesday, March 23, 2010

Musim orang bertunang..

Cuppies dan kek fondant tempahan makcik babysitter Naufal untuk anaknya yang bertunang Sabtu lepas. Tema kaler yang dipilih biru. Cantik semua hantarannya. Buat Win, selamat bertunang!





Friday, March 19, 2010

Selamat Bertunang ...

Seronok dan puas bila dapat menyudahkan kapkek fondant ni semalam. Tema kaler yang dipilih pun cukup 'ngam' digayakan. Ekceli kapkek ni aku buat selepas balik kerja semalam. Hilang rasa penat bila dapat menatap hasilnya. Keletihan terbayar dengan kepuasan bagi setiap pendeko macam aku nih. Selamat bertunang diucapkan buat En. Petra dan Cik Azura dari IBD, Lanchang. Kapkek selamat dihantar kepada orang tengahnya Pn. Kassmiza dari Wetlands. Thanks atas tempahan ini.


Thursday, March 18, 2010

Adriana is 5

Barbie doll cake tempahan rakan lama, Agee untuk anak daranya Adriana yang menyambut ulangtahun ke 5 hari ini. Kek dibawa ke tadika untuk diraikan bersama kawan-kawan. Dalamnya kek sponge orange dan buttercream juga perisa oren yang mantop. Bawahnya ada base sebiji kek lagi tetapi kecik sket kali ni tak berapa nak seswai ngan skirt barbie yang labuh tuh..huhu. Thanks Agee..hepi besday buat Adriana! Moga membesar jadi anak yang solehah. Insya-Allah.

Wednesday, March 17, 2010

Oreo Cheese Cake

Kek tempahan Yana dari Cheras Indah untuk ulangtahun kelahiran en. suaminya hari ini. Yana pernah order kek 'Rayyan is One' last time yang ada robot2 bagai. Kali ni nak try oreo cheese cake yang malatopsss ni lak. Menurut Yana, suaminya kata, inilah ciskek paling sedap dia penah rasa. Thanks Yana..kamu ni ada2 saja..hehe.


Tuesday, March 16, 2010

Red Velvet Cake for Dian's besday..

Aku buntu bila kengkawan tanya kek apa yang sedap? Choc moist cake dah selalu sangat..dah leh hafal kek sapa yang buat..huhu. Kali ini semangat berkobar2 nak try red velvet cake yang malatoppps tuh..hehe. So, kubuatkan red velvet ni untuk besday si Dian Raihana, our officemate. Ekceli besday dia 11 Mac aritu. Tapi kena bertugas luar pula di hari bahagianya. Anyway, thanks kat Ita n the gang lagi sekali yang order kek ni untuk Dian. Hepi b'day dear!

Senja merah di Bagan Lalang..

Gambar sekitar majlis hari lahir suamiku yang diadakan di Bagan Lalang Sabtu lepas. Ekceli aku plan ngan kakak2 ipar untuk surprisekan hubby pada hari tersebut. Sebelum tu memang aku dah merancang dengan Nabilla untuk ke Bagan Lalang makan seafood yang memang best kat kedai WakLan tu. Sehingga sampai ke Bagan Lalang baru hubby tau plan kami tu. Itu pun sebab si kakak tu tak reti nak simpan mulut dia bila dah kena trap ngan papanya..huhu. Tapi apa2 pun thanks buat mak, Kak Ina dan Kak Adik sekeluarga yang telah menjayakan rancangan tersebut. Gambar seafood semua tak sempat nak ambik kena baham..huhu. Yang pastinya kami akan datang lagi untuk menikmati pepahat, lala, udang, sotong dan ikan yang sememangnya segar bugar. Harganya? Korang nak tau untuk hampir 20 orang yang makan tu cuma RM300+ sahaja. Kek tu request by Kak Ina dan Jue (biras) yang nak sangat makan ciskek tu. Tapi sian Jue tak dapat hadir bersama. Ambik bau jer lah Jue..huhu..




Selamat Hari Lahir Solehah..

Repeat order dari Kak Ina, Waja 11 untuk anak daranya yang menyambut hari lahir Jumaat lepas. Kak Ina request kek choc moist dengan sedikit strawberry untuk dibawa ke sekolah anaknya di Tadika Sri Budi, Cheras. Thanks Kak Ina for ur support!

Monday, March 8, 2010

Coklaaattt...yummiieeee...

Coklat ini projek semalam. Nampak banyak lagi coklat lebih yang ada selepas buat popcake pahar tu, maka kuambil peluang buat coklat ni untuk dibawa ke hospital melawat ibu mertuaku yang sedang menjalani rawatan di HKL semalam. Daripada feedback adik beradik dan anak2 buah semua suka rasa coklat yang yummy giler nih..hmmm..meleleh!

Popcake Pahar

Popcake pahar ni tempahan En. Ikmal dari AU3, Hulu Klang untuk anaknya yang menyambut ulangtahun pertama last week. Ekceli En. Ikmal nak tempah dengan sifu popcake, Kak Ena, (http://popcake2u.blogspot.com), tapi sifu ada urusan lain di hari tersebut. Thanks kak Ena atas kepercayaan itu. Popcake selamat dihantar pada pagi Ahad tu kat rumah En. Ikmal. Happy 1st birthday to baby Yasmin. Thanks buat En. Ikmal for the order!

Happy Birthday Syazreen

Cuppies tempahan Pn. Suria dari BTHO untuk anak gadisnya Syazreen yang menyambut ulangtahun ke 15. Jumaat malam tu jam 11.00, hubby deliver ke rumah Pn. Suria. Thanks Pn. Suria for the order!

Saturday, March 6, 2010

Popcake ball..

Tempahan rakan lama di KPT yang telah menjawat jawatan di UiTM Shah Alam sekarang. Popcake ball hadiah untuk bakal suaminya yang menyambut ulangtahun ke 30 Jumaat lalu. Dua set kusiapkan dalam kesibukan hari Jumaat tu, satu kaler oren dan satu lagi kaler biru. To Miss N, thanks dear for ur order!

**Dapat sms ni pas deliver popcake tu.
"Cantiknya kek!!! Tq mama! Alhamdulillah, very satisfying n mouth watering, i like!"


Choc Moist Lagi...

Repeat order dari Ita n the gang dari PERHILITAN yang saban minggu mengorder kek coklat dari aku. Kali ni kek coklat untuk meraikan ulang tahun kelahiran NORMASWATI dari Bahagian Kewangan. Merekalah yang sentiasa menyokong small biz aku selama nih. Hari2 biasa ada juga mereka tempah kek coklat kukus untuk santapan harian. Thanks uols semua!

Monday, March 1, 2010

Happy Birthday to Siti Norakmal

Kek coklat ditempah Ita n the gang @ GBS untuk men'surprise'kan CT yang meraikan ulang tahun kelahiran yang ke 20 tahun Jumaat lepas. Kek dihantar jam 10.00 malam, Khamis tu sebelum aku berangkat pulang ke kampung. Ku adun sedikit popcake sebagai hadiah buat CT. Masih muda remaja..jauh beza umurnya dengan aku yang semakin meningkat usia nih. Buat CT, hepi besday ye..moga makin cun, makin ceria!